Home MAKAN-MAKAN Jom Datang ke Cafe Yang Memberi Vibe Dreamy di Petaling Jaya, ‘Therefore’.

Jom Datang ke Cafe Yang Memberi Vibe Dreamy di Petaling Jaya, ‘Therefore’.

1989
0

Lagi satu penemuan port makan yang best di Petaling Jaya. Lagi satu, tempat ini memang sesuai untuk couple date. Nak tahu kenapa? Jom sambung baca di bawah.

Cafe Therefore ini sangatlah unik dan menarik oleh kerana warna yang diterapkan di sini berunsurkan vibe dreamy dan sweet sweet gitu.

Kalau keluar dating dengan kekasih hati tu, apabila sampai di depan cafe ini barulah rasa macam romantik sikit.

Tambahan lagi, bukan sahaja warna yang digunakan itu romantik, tetapi dekorasi dan hiasan di sini juga sangat menarik.

Dari luaran sehinggalah dalaman cafe ini, anda boleh bergambar di setiap sudut di sini. Setiap sudut direka dengan sangat cantik dan dihias dengan menarik sekali.

Memang betul insta-worthy lah cafe Therefore ini. Boleh lah penuhkan galeri telefon bimbit anda setibanya anda di sini.

Dah cafe pon dihias cantik, mesti lah makanan dan minuman yang dihidangkan di sini sedap sedap juga kan.

Cafe ini menghidangkan masakan yang western dan juga fusion cuisuine yang sangat unik.

Anda boleh dapatkan menu yang sangat unik di sini. Antaranya adalah rendang burger, nangka nachos dan juga tom yam pasta.

Unik kan? Walaupun ia pelik untuk didengari, tapi belum cuba belum tahu kan.

Apa kata anda datang dan cuba dahulu masakan di sini dan lepas tu barulah boleh tahu sedap ataupun tidak kan?

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi facebook mereka iaitu Therefore. Di sini anda boleh dapatkan menu terbaru yang dilancarkan oleh mereka malah perkara yang lebih menarik juga.

Jangan lupa singgah ke Therefore apabila anda datang ke Petaling Jaya okay!

sumber gambar: Facebook Therefore

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here