Home MALAYSIA Istana Seri Menanti Teguh Berdiri Tanpa Sebarang Paku

Istana Seri Menanti Teguh Berdiri Tanpa Sebarang Paku

2757
0

Istana Lama Seri Menanti yang didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kukuh merentas zaman.

Menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an, istana yang masih utuh itu kini menjadi warisan sejarah zaman berzaman dan telah berubah peranan sebagai sebuah muzium.

Turut dikenali sebagai Istana Lama Seri Menanti, bangunan terbabit mempunyai keunikan tersendiri.

Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908, ia diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku dan istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.

Istana ini telah digunakan sehingga tahun 1931 dan berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Sebelum ini, istana lama ini pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964 dan kmudian, istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992.

Atas inisiatif DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992

Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.

Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.

Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Kredit Foto: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here