Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Nak Ke Indonesia Tak Boleh Lagi, Jom Kita Ke Ipoh Jer Ada...

Nak Ke Indonesia Tak Boleh Lagi, Jom Kita Ke Ipoh Jer Ada IpohBaliHotel Berkonsepkan Bali

1840
0
sumber: tripadvisor.com

Ipoh merupakan bandar yang terkenal dengan bangunan klasik di mana anda dapat lihat jika anda menjejakkan kaki ke Ipoh, banyak bangunan yang masih dikekalkan bentuk asalnya. Selain dari itu, Ipoh juga menjadi sebutan ramai kerana pelbagai keunikan juadah yang ada di sini.

Jadi kenapa Ipoh? Di Ipoh juga terdapat satu hotel yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda dari pergi ke Bali, Indonesia. Rasa macam duduk di Bali, padahal kat Ipoh je. Hotel yang dimaksudkan itu adalah Ipoh Bali Hotel.

Ya betul, hotel ini menggunakan konsep dekorasi ala-ala seperti di Bali dan oleh sebab itu namanya Ipoh Bali Hotel. Apabila anda datang ke sini, dengan melihat sahaja dekorasi pintu masuknya mesti anda sudah berasa tak sabar untuk melihat bagaimana keadaan bilik di dalamnya pula.

sumber: tripadvisor.com

Kategori pilihan bilik yang ditawarkan pula bermula dari Standard Double, Superior Double, Deluxe Studio Suite dan Family Studio Suite. Harganya pula bermula dari RM 230 pada hari biasa manakala hari minggu pula RM 260 (bermula dengan Standard Double). Hiasan dalaman bilik ini bakal membawa anda terus ke Bali tanpa andara sedari. Cantik kan?

sumber: tripadvisor.com
sumber: tripadvisor.com

Selain daripada dekorasi hotel yang menarik serta hiasan bilik yang persis suasana di Bali, perkhidmatan istimewa yang anda boleh dapatkan di sini adalah Spa dan Urutan. Pakej urutan yang diberi adalah urutan badan manakala Spa pula mempunyai kategori yang tersendiri seperti ‘scrub bath’, ‘salon treatment’ dan ‘facial treatment’.

sumber: tripadvisor.com

Anda boleh layari laman web hotel ini iaitu ipohbalihotel.com untuk makluman lebih lanjut. Cepat layari sekarang, jika anda bertuah anda boleh dapatkan bilik dengan harga yang murah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here