Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Ingatkan di Greece, Rupanya di Malaysia pun ada, Jom ke Santorini Cave...

Ingatkan di Greece, Rupanya di Malaysia pun ada, Jom ke Santorini Cave House versi Johor!

3765
0
sumber: johorfoodie.com/sea-horizon-resort-kota-tinggi-johor/

Pernah dengar tak nama Santorini Cave House? Tempat ini merupakan tempat tumpuan yang terletak di Greece. Dalam gambar nampak cantik dan kosong je, hakikatnya memang ramai orang.

Disebabkan pandemik covid ini, jadi tidak dapatlah kita nak ke Greece untuk melihat sendiri cave house ini, tetapi jangan risau, anda tak perlu ke Greece pon anda boleh mengalami vibe yang seakan sama.

Tempat yang diinspirasikan oleh Santorini Cave House itu adalah Sea Horizon Resort. Ia merupakan tempat glamping yang pertama di Malaysia yang ditempatkan berhadapan dengan laut(cliffside).

Anda seolah olah berada di dalam igloo tetapi ia di dalam bentuk glamping. Resort ini terletak di Kota Tinggi, Johor. Tidak sah lagi, jika anda masih mencari tempat untuk short getaway, jika ini wajib tersenarai dalam pencarian anda.

sumber: johorfoodie.com/sea-horizon-resort-kota-tinggi-johor/

Di sini terdapat bilik khas di mana anda boleh menikmati pemandangan laut yang luas sambil mellihat terbit dan jatuhnya matahari. Selain dari itu, untuk menjadikan percutian anda lebih bernilai, di sini tidak terdapat perkhidmatan Wi-Fi demi menjadikan vacation anda lebih menyeronokkan.

Terdapat perkhidmatan sarapan pagi yang dilengkapi sekali dengan bilik yang disebut sebentar tadi.

sumber: johorfoodie.com/sea-horizon-resort-kota-tinggi-johor/

Tempat ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang ingin melarikan diri dari kesesakan bandar serta mencari ketenangan jiwa.

Di sini, anda dapat menikmati udara yang segar, selain dari menikmati pemandangan laut yang indah dan tenang.

sumber: johorfoodie.com/sea-horizon-resort-kota-tinggi-johor/

Ini merupakan pengalaman untuk glamping yang unik serta lain dari yang lain. Anda dijamin dengan keindahan yang ditawarkan di sini, sudah pasti anda bakal merindui setelah anda pulang dari bercuti di sini.

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melawat laman sesawang rasmi mereka iaitu seahorizon.my serta menempah glamping idaman anda hari ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here