
Inginkan penginapan percutiaan yang elegen dan gempak? Boleh datang ke The Tudor, Ipoh. Apa yang terdapat di sini bakal membuatkan anda terkesima dengan keindahannya.
The Tudor merupakan banglo yang ditambah baik sehingga menjadi salah satu tempat penginapan yang terbaik di Ipoh.
Hotel ini mengaplikasikan konsep dekorasi ala ala di England. Hotel yg terletak di Bandaraya Ipoh ini sangat sesuai untuk menjadi tempat penginapan idaman anda.


Dari luaran The Tudor ini anda sudah boleh melihat kelainan yang cuba diterapkan di hotel ini. Setiap sudut yang direka di sini menjadikan ia unik dan klasik ala barat.
Bilik yang disediakan merangkumi dari bilik single, double mahupun untuk yang berkeluarga. Setiap bilik mempunyai keunikan yang tersendiri dan yang penting,

Pelbagai kemudahan yang disediakan di setiap bilik dan pasti bakal melengkapkan percutiaan anda.
Bilik yang disediakan sangat selesa dan juga dekorasi warna yang lembut membuatkan hotel ini menjadi bertambah menarik.
Tambahan lagi, keunikan hotel ini ditambah pula dengan lokasinya yang strategik. Ia terletak di bandar Ipoh yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta pilihan tempat yang unik.
Anda juga senang untuk melawat ke kedai makanan yang menarik di sekitar Ipoh.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut anda boleh kunjungi laman rasmi mereka iaitu www.thetudoripoh.com/.
Sumber: twitter Jomkitamy