
Lazimnya percutian di Langkawi pasti berkisar mengenai keindahan pulau, kepelbagaian jenama coklat, perkakasan ruang tamu serta dapur dari jenama Corelle, Vintage hingga Tefal yang murah.
Apa kata kali ini jom kita nikmati Langkawi dengan percutian suasana desa dan kehidupan anak kampung.
Triphackerz.com ingin membawa imaginasi anda merasai pengalaman menginap di Rumah Bendang, Langkawi.


Menurut sumber pada laman rasmi Instagram https://instagram.com/rumah.bendang?igshid=xhfxxj56o6o penginapan ini merupakan satu-satunya rumah peranginan yang menawarkan panorama sawah padi terbentang luas.

Rumah Bendang juga menyediakan kediaman yang selesa sekiranya anda berkunjung dalam sebuah kumpulan seperti keluarga, rakan atau berbulan madu bersama yang tercinta.


Binaan Rumah Bendang sendiri menyaksikan padanan elemen tradisional menerusi ukiran kayu, jendela, pintu dan perabot.
Unsur moden dapat diamati menerusi perletakan lukisan abstrak, susunan perabot dan kemudahan asas dalam penginapan ini.
Bijak menghidupkan suasana ala-ala zaman dahulu kala, sudut dinding kamar bucu ditempatkan pelita sebagai sumber cahaya namun menggunakan mentol.



Tidak lengkap sebuah pusat peranginan tanpa adanya kolam renang untuk anda bersantai. Kolam renang yang dibina menghadap ke sawah padi sudah tentu menjadi lokasi Instaworthy terbaik. Sekali imbas kolam renang ini ala-ala Santorini….



Tips untuk anda jangan lepaskan peluang menyaksikan matahari terbit di sini kerana dikatakan sangat indah.
Jika anda mahu melihat dunia potret pagi hari bak lukisan secara realiti, bangun awal kerana magis ini hanya bertahan antara 15-20 minit sahaja.

Ingin tahu lebih lanjut layari Facebook rasmi web ini https://www.facebook.com/Rumahbendanglangkawi/