
Dambakan sebuah percutian yang berbeza kala melancong ke Melaka, apa kata singgah di The Clay House, Jalan Tukang Emas.
Tersorok antara bangunan berusia lebih 100 tahun, The Clay House membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang meminati unsur seni reka.
The Clay House yang diusahakan rakyat tempatan terkenal dalam kalangan pengumpul dan pencinta hiasan berasaskan tanah liat.

Di premis tersebut terdapat pelbagai jenis hiasan tanah liat yang terdiri daripada tema eksotik, comel dan rekaan tersendiri.
Namun alasan utama para pengunjung berpusu di premis ini ialah pengalaman yang ditawarkan tidak dapat diperoleh di mana-mana premis.

Terdapat seorang pakar ukir tanah liat iaitu Leong Chee Hsiung yang bersedia mengajar anda kaedah membuat pelbagai jenis bekas menggunakan tanah liat.
Orang awam yang berkunjung ke sini berpeluang untuk membuat sendiri tembikar atau pasu mereka inginkan di sini.

Dengan hanya membayar sebanyak RM70 dalam satu setengah jam anda berpeluang mempelajari kaedah membuat pasu menggunakan tanah liat asli.
Apa yang penting, Sifu Leong Chee Hsiung sendiri yang akan meneliti dan memantau setiap gerak kerja kalian.

Bukan sahaja berpeluang untuk membeli pasu tanah liat malah lebih bermakna jika ia merupakan hasil tangan kita sendiri.
Walau bagaimanapun anda perlu menunggu sekitar sebulan untuk mendapatkan hasil kerja tangan tersebut.

Selain itu kepada mereka yang ingin menikmati pengalaman ini dinasihatkan untuk pergi dalam jumlah kumpulan yang kecil.

Sumber Lonely Planet dan Facebook My Melaka