Home Blog

Pantai Teluk Kalong Terus Jadi Tumpuan Pengunjung Walaupun Bahaya Untuk Mandi

0

Meskipun kerap berlaku kejadian lemas di Pantai Teluk Kalong, di sini, namun ia terus menjadi tumpuan pengunjung tanpa menghiraukan papan tanda amaran dan larangan melakukan aktiviti mandi-manda.

Tinjauan mendapati, orang ramai mengambil peluang sempena cuti perayaan Aidilfitri untuk berkelah di pantai berkenaan serta beriadah bersama keluarga.

Menurut penduduk tempatan, arus deras terutama pada waktu petang amat berbahaya kepada pengunjung berikutan pertembungan arus pasang dan surut.

Keadaan itu boleh mengakibatkan mangsa yang sedang mandi dihanyutkan arus secara tiba-tiba. “Bahaya sini, kalau boleh kita katakan sini bahayanya olak batu, olak batu ini memang kuat.

“Apabila angin bertembung dengan olak batu, akan terjadi sedikit pusaran,” kata nelayan Ayub Ibrahim.

Dalam kejadian petang Khamis lalu, seorang warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama tujuh rakannya.

Mayatnya ditemui terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter dari pesisir pantai sekitar jam 7.30 petang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menjalankan rondaan berkala serta pemantauan di beberapa pantai peranginan di daerah Kemaman.

Pihaknya turut menasihati pengunjung mengenai bahaya keadaan pantai di daerah terbabit bagi mengelak sebarang kejadian buruk berlaku.

Pulau Pinang Rancang Haramkan ‘Homestay’ Elakkan Gangguan Penginapan Pelancong?

0

Sebut mengenai Pulau Pinang, pastinya orang ramai sedia maklum di mana negeri ini sememangnya cukup popular dengan pelancong untuk melancong serta food hunting.

Di sebalik pelbagai keistimewaan di negeri ini, tindakan segelintir pelancong yang menginap di homestay sama ada di rumah bertanah atau bertingkat terkadang memberi membuatkan penduduk setempat kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.

Sehubungan dengan itu, Pulau Pinang dilaporkan sedang merancang untuk mengharamkan penawaran homestay dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, walaupun tempoh pengharaman itu belum diputuskan, kerajaan negeri sudah bersetuju dengan rancangan itu, berdasarkan pelbagai aduan daripada kumpulan penduduk.

“Sama ada rakyat suka atau tidak, kami akan berpendirian tegas dalam perkara ini. Kawasan perumahan untuk penduduk. Jika anda sedang bercuti, pergi ke hotel,” katanya kepada FMT.

Katanya, garis panduan itu, antara lain, akan memberi kuasa kepada badan pengurusan pangsapuri, kondominium atau sebarang hartanah berstrata mengambil tindakan terhadap pemilik rumah ingkar yang membenarkan penyewaan jangka pendek.

“Kami mungkin negeri pertama yang berbuat demikian. Satu lagi garis panduan akan diperkenalkan untuk hartanah bertanah, sementara menunggu isu perundangan yang perlu kami selesaikan.”

Difahamkan Kerajaan Pulau Pinang turut memaklumkan tindakan menyewakan unit kediaman boleh dilakukan sekiranya mendadpatkan persetujuan sekurang-kurang 75% penduduk serta perlu mempunyai rekod pada data mesyuarat agung tahunan.

Jagdeep berkata, disebabkan jumlah harta berstrata di Pulau Pinang adalah ketiga tertinggi dalam negara, garis panduan itu akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan dan keselamatan sosial untuk penduduk.

Bekas Tapak Lombong Kini Pusat Rekreasi di Batu Gajah

0

Daripada kawasan perlombongan tin terbiar kini berubah wajah kepada taman Maze yang terletak di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.

Taman Maze seluas 55,000 kaki itu boleh dikatakan sebagai Maze terbesar di Malaysia dengan pelbagai laluan rahsia untuk dijelajahi.

Kepada mereka yang tidak mengetahui apakah itu Maze? Maze merupakan gabungan pelbagai lorong mengelirukan dengan satu pintu masuk dan keluar.

Untuk keluar daripada taman Maze berkenaan anda perlu mempunyai daya kreativiti, pemikiran logik dan ingatan yang kuat untuk membolosi dari pintu masuk ke pintu keluar.

Uniknya mengenai binaan taman Maze di sini terbahagi kepada blok simen dan tanaman pohon renek serta taman hijau.

Malah jika diamati, terdapat blok Maze dihiasi dengan barang-barang terpakai seperti botol. Selain itu, tanaman pokok di sini juga turut menggunakan barang terbuang sebagai pasu.

Selain daripada taman Maze yang merupakan tarikan ikonik di sini, kawasan berkenaan turut menyimpan pelbagai sejarah berkaitan industri perlombongan di Perak.

Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bekas tapak perlombongan dan kawasan melombong yang terbiar.

Bukan itu sahaja, pengunjung seakan melalui terowong masa apabila sebagai kapal korek berusia 82 tahun masih wujud di kawasan berkenaan.

Pengunjung dibenarkan untuk menyaksikan kapal berkenaan secara dekat, tetapi sila jangan sentuh atau naik kapal berkenaan. Khuatir ditimpa kecelakaan pula..

Sumber Places Malaysia

Bangsa J Ada Jalan Berirama Pertama Malaysia!!

0

Jalan berirama bukanlah sesuatu yang asing di negara-negara luar. Negara Asia Timur seperti Jepun turut memiliki jalan berirama di negara mereka.

Jalan berirama dalam bahasa Inggeris digelar sebagai Melody Road bukanlah sebagai tarikan, namun lebih kepada menghilangkan rasa bosan dan mengantuk di jalanan.

Lazimnya melodi yang dihasilkan bergantung kepada melodi asas dalam not muzik iaitu Do Re Mi Fa So La Ti Do….dan sebaliknya.

Bunyi yang dihasilkan pula melodi trumpet, piano dan bukanlah melodi muzik yang moden seperti di kelab hiburan.

Namun, ia cukup untuk menghiburkan diri, melepaskan seketika tekanan dan menghilangkan rasa mengantuk.

Berita baik untuk anda….jalan berirama kini terdapat di Malaysia. Jalan ini terletak di Batu Pahat, Johor berdekatan dengan kilang Munchys.

Mungkin kewujudan jalan berirama ini merupakan yang pertama dibina di negara ini. Terletak di jalan menghala ke Sri Medan ia kini menjadi tumpuan pemandu.

Namun untuk mendengar bunyi berkenaan kenderaan perlu dipandu atau ditunggang sekitar 40 hingga 50 km per jam.

Hanya dalam lingkungan halaju berkenaan, bunyi yang daripada jalan berirama itu boleh didengari.

Lebih daripada halaju berkenaan hanya menghasilkan bunyi kurang enak.

Jom cari jalan ni…

Sumber: Tuan Mohamad Faiz Azman

Viral Demam Sakura Melanda Seluruh Negara…

0

Demam sakura nampaknya melanda Malaysia. Selama ini musim pokok sakura bukanlah asing di Malaysia. Namun tahun ini mekar bunga ini viral.

Faktor pandemik Covid19 yang menghalang untuk kita ke luar negara dan tumpuan sektor pelancongan tempatan antara faktor kewujudan pokok sakura ini mendapat perhatian netizen.

Al maklumla…bila tidak dibenarkan ke luar negara dan tumpuan terhadap tarikan dalam negara, baharulah rakyat sedar pokok sakura yang lazimnya popular di Jepun dan Korea Selatan terdapat di Malaysia.

Malah pokok sakura yang terdapat di Malaysia boleh disaksikan secara percuma kerana pada kelazimannya, pokok ini ditanam di tepi-tepi jalan seperti bangunan kerajaan dan mudah disaksikan.

Jika hendak digambarkan mengenai keindahan pokok sakura ini mungkin tidak seindah yang terdapat di luar negara khususnya Jepun dan Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, berbekalkan kepakaran editing dan teknik menangkap gambar serta imaginasi pasti gambar-gambar yang dirakamkan persis percutian oversea.

Oleh kerana itu terdapat netizen yang membuat troll kononnonya sedang berada di luar negara bersama pohon ini sedangkan individu berkenaan ada di Malaysia.

Anda ingin memburu bunga ini ada di merata-rata seluruh Malaysia. Jika di Kuala Lumpur ada di Kampung Batu Muda, sekitar Batu Caves Selangor.

Jika di utara ada di Taiping Perak, Sungai Petani dan Alor Star di Kedah. Secara umumnya bunga ini ada di mana saheaja.

Meriahkan tahun ini. Hikmah sebenarnya pandemik Covid19 ini. Jika tidak, kita mungkin tidak menghargai kecantikan dan keindahan bumi sendiri.

Tips untuk cari lokasi bunga sakura Malaysia ini taip sahaja Sakura di ruang pencarian Facebook….

Selamat memburu

Sumber: Sinar, Jalan Jalan Santai, Places Malaysia

Sungai Umngot di India Jernih Bak Cermin..

0

Berbicara mengenai sungai di India pasti ramai menggambarkan kekotoran dan sampah bebas terapung di permukaan air seperti digambarkan dalam media.

Malah jika diberi contoh Sungai Ganges umpanya bukan sahaja dicemari sampah dan sisa buangan, malahan terdapat tubuh manusia yang telah mati terapung di permukaan.

Malah siapa pun jika menggambarkan keadaan sungai di India tiada sedetik pun fikiran atau gambaran sebatang jernih nan bersih.

Namun ternyata telahan atau skeptikalisme warga terhadap kebersihan dan kejernihan sungai di India kotor pasti pantas meleset selepas melihat Sungai Umngot.

Sungai Umngot terletak di Dawki, India boleh dikategorikan sebagai sungai paling terbersih dan jernih di negara Bollywood itu.

Kejernihan sungai sedalam antara 1 meter hingga 2 meter itu terlalu jernih sehingga ada yang menggelarnya sebagai sungai cermin.

Bayangkan pada kedalaman 1 hingga 2 meter, dasar sungai berkenaan masih boleh dilihat dari atas dengan mata kasar.

Tanpa perlu bisa menyelam ke dalamnya, landskap dasar sungai berkenaan jelas kelihatan dari permukaan.

Keunikan Sumngot menjadikan lokasi itu sebagai bucket list dalam kalangan pengembara yang mahu menyaksikan sendiri keindahanb sungai itu.

Selain itu, kewujudan Sungai Umngot memainkan peranan penting terhadap persempadanan dua buah negara.

Sungai Umngot merupakan pemisah semula jadi antara India dan Bangladesh. Sungai itu merupakan benteng sempadan semulajadi negara yang terlibat.

Sungai ini juga merupakan titik pemisah antara bukit Khasi dan Janatia. Hebatkan…..Malaysia ada sungai macam ni tapi Golok, Thailand dan Kelantan..bolehla…

Difahamkan fenomena air jernih memberikan ilusi seolah-olah anda berada di dasar. Walhal dasar sungai tersebut dalam lingkungan satu hingga dua meter…Dalamkan..

Untuk memastikan pelancongan menikmati secara optimum keindahan sungai, sampai lutsinar digunakan

Kredit Perak Ajerr

Hotel Seakan Kapal Persiaran Terdampar Tarikan di Korea Selatan

0

Kapal persiaran di atas darat, demikian tarikan di Jeong Dong Jin di Korea Selatan saban tahun tanpa gagal menarik kedatangan pelancong.

Terletak di atas puncak bukit ternyata umum berpendapat ia merupakan sebuah kapal persiaran yang terdampar…dilambung ombak barang kali.

Namun segala tanggapan itu meleset kerana replika tersebut bukanlah kapal terdapampar, sebaliknya sebuah hotel dengan konsep kapal persiaran.

Hotel yang dikenali sebagai Sun Cruise Resort and Yatch itu beroperasi sejak tahun 2002 dengan misi menjadi sebuah perhotelan yang unik dan tersendiri.

Ternyata tindakan pusat peranginan itu tepat dan pantas menerima sambutan daripada pelanggan yang ingin menikmati percutian kapal mewah.

Servis yang disediakan amat persis dengan percutian atas kapal persiaran mewah. Daripada kelengkapan bar, hiburan malam, dek peninjau dan tempat tidur, semuanya sama.

Malah bagi mereka yang mabuk laut pasti memilih percutian di sini kerana tidak perlu khuatir merasa gentar berada di tengah-tengah lautan.

Bukan sahaja hiasan bilik dan dekorasi ruang dalaman persis kapal persiaran, malah kolam renang air masin turut disediakan untuk menambah mood pelayaran.

Berbekalkan lokasi yang amat strategik iaitu puncak bukit di kelilingi laut merupakan tambah nilai berharga kepada mereka yang ingin berlayar di sini.

Terdapat juga kolam renang biasa yang di sekitar lokasi pusat peranginan itu. Aktiviti lain seperti ruang bola tampar, permainan indoor juga disediakan.

Tarikan utama penginapan di sini ialah menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Mmmmm mesti indahkan…

Walaupun perkhidamatan disediakan persis kapal mewah, harga menginap disini hanya RM270 semalam.

Jika bosan berada dalam kapal..di sekeliling pusat peranginan anda boleh juga ke kawasan sekitar taman arca dan bunga.

Sumber Jagadita

River Camp Gopeng Tapak Khemah Mesra Family..

0

Riverside Camp Gopeng di Perak rasanya lokasi camping paling sesuai untuk keluarga mendambakan moment camping yang selesa pada kadar harga berpatutan.

Aktiviti tersebut bukan sahaja sesuai untuk dihabiskan bersama keluarga, malahan rakan-rakan atau sisters outing yang pastikan merakamkan memori yang tersendiri.

Tidak salah rasanya hujung minggu ketika cuti lari seketika menikmati penginapan khemah dua hari satu malam di tapak perkhemahan Riverside Camp Gopeng.

Keunikan Riverside Camp terletak kepada tawaran suasan flora fauna semula jadi yang belum lagi dicemari dengan kemodenan di kawasan sekeliling.

Tapak perkhemahan juga amat luas dan berdekatan dengan sungai menjadi tambah nilai sebuah perkhemahan seakan-akan mencabar tetapi santai.

Difahamkan lokasi ini juga sesuai untuk peminat multicamper kerana pemasangan khemah berdasarkan pilihan para penghuni di sini.

Jangan khuatir terhadap pemilihan lokasi yang bersesuaian kerana setiap port sememangnya menyediakan lokasi perkhemahan strategik.

Paling penting mengenai lokasi tarikan pelancongan ini amat menitiberatkan kebersihan kawasan sekitar hinggakan pembersihan kawasan kerap dilakukan.

Walaupun anda sedang berkhemah, jangan khuatir mengenai urusan kebersihan peribadi kerana kemudahan tandas dan ruang mandi disediakan di sini.

Bagi mereka yang beragama Islam, kemudahan surau turut disediakan untuk memastikan keseronokkan percutian dan tanggungjawab sebagai Muslim seimbang.

Jika anda mempunyai kecemasan atau memerlukan pertolongan, staf di sini sentiasa bersedia membantu dan berada di tapak perkhemahan selama 24 jam.

Paling penting anda dapat menikmati percutian yang amat privasi sepanjang menginap atau berkhemah di River Camp di sini.

Kadar harga yang dikenakan juga berpatutan iaitu untuk camping maksimum 2 orang RM30 seorang, manakala camping lebih tiga individu ke atas RM20 seorang.

Anda juga boleh berpiknik di sini pada kadar RM10 seorang manakala kanak-kanak bawah lima tahun PERCUMA.

Sumber: Viral Perak

Memang Nikmat Lah Kalau Dapat Bermalam Di Sini, Jom Menginap di Swiss-BelHotel, Kuantan

0

Satu lagi tempat penginapan ataupun persinggahan yang sangat menarik untuk kita terokai. Jom ke Swiss-BelHotel yang bakal membuatkan anda termipi-mimpi akan kenangan apabila berada di situ.

Swiss-BelHotel ini terletak di Kuantan, Pahang. Ia merupakan hotel yang bertaraf 4 bintang dan sudah pasti kemudahan serta fasiliti yang disediakan sememangnya tiptop.

Dengan kedudukannya yang strategik, dengan menghadap ke arah pantai, membuatkan hotel ini bertambah menarik. Anda bakal merasai satu keunikan yang tidak dapat di tempat lain.

Jika anda memilih bilik yang menghadap ke arah pantai, anda bakal melihat satu pemandangan yang sangat cantik.

Kemudahan seperti swimming pool pula turut disediakan. Ditambah lagi, swimming pool yang menghadap ke arah laut.

Sambil berenang dapat lah anda melihat pemandangan yang indah dan merasai angin angin pantai yang nyaman.

Anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi hotel ini iaitu Swiss-Belhotel dan terus membuat tempahan secara online.

sumber gambar: Twitter @afeezvanilla

Follow Us-

44,462FansLike
882FollowersFollow
210SubscribersSubscribe

Latest