Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS Hmmm… Boleh Travel Ke Tak? Jom Semak Ramalan Sektor Pelancongan Untuk Tahun...

Hmmm… Boleh Travel Ke Tak? Jom Semak Ramalan Sektor Pelancongan Untuk Tahun 2021

1501
0

Wabak COVID-19 ternyata mengubah sektor pelancongan, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia sepanjang tahun 2020.

Kedatangan 2021 semestinya mengubah situasi semasa industri pelancongan dan semuanya harus bergerak seiring dengan norma baharu.

Memetik laporan Astro Awani, ini adalah ramalan perjalanan dan sektor pelancongan untuk tahun 2021, sekali gus melihat kepada bagaimana pandemik COVID-19 telah mengubah trend industri.

Maklumat imunisasi

Pelancong mungkin perlu bersedia untuk menunjukkan bukti imunisasi mereka. Malah ada kemungkinan mereka yang melakukan perjalanan atas sebab kerja juga perlu menunjukkan rekod imunisasi bagi membolehkan mereka masuk ke sesebuah negara.

Perjalanan darat jadi pilihan

Perjalanan darat menggunakan kereta persendirian akan lebih popular pada tahun 2021. Ia membabitkan jarak perjalanan yang tidak begitu jauh dan menjadi pilihan bagi mereka yang mahu lari dari kesibukan kota.

Trend ini dilihat lebih selamat kerana ia memudahkan pelancong melakukan penjarakan fizikal dan tidak perlu bersesak dalam pengangkutan awam.

Perjalanan udara bermula April

Tidak banyak penerbangan di awal tahun ini, susulan langkah banyak syarikat penerbangan untuk mengurangkan kos, dengan fokus pada laluan yang lebih dekat sehingga terdapat permintaan komersial kembali pulih.

Melancong dengan sebab

Tiada lagi melancong untuk bersuka-suka, sebaliknya orang ramai akan merancang perjalanan dengan lebih teliti dan ia hanya dilakukan hanya jika ia benar-benar perlu.

Sumber & kredit foto: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here