Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Hin Sam Wan atau Tiga Batu Paus Khazanah Bumi Thailand Berusia 75...

Hin Sam Wan atau Tiga Batu Paus Khazanah Bumi Thailand Berusia 75 Juta Tahun

1112

Dari ruang udara kelihatan seperti kawanan keluarga paus sedang berenang di tengah-tengah belantara kawasan pergununan Bueng Kan, Thailand.

Namun tiga bongkah batu berkenaan bukanlah paus sebenar, sebaliknya tiga bongkah batu yang kelihatan seperti kawnan paus.

Tiga bongkah batu tersebut dikenali sebagai Hin Sam Wan membawa maksud “Tiga Paus Batu” berikutan bentuknya seperti kawanan paus yang sedang berenang.

Tiga bongkah batu berkenaan digazetkan sebagai sebahagian kawasan hutan simpan Thailand berikutan kewujudan diversiti yang hijau di sekelilingnya.

Keunikan batu berkenaan bukan sahaja rupa dan bentuknya persis paus malahan pembentukan semula jadi bongkah batu itu yang merentas masa selama 75 juta tahun lamanya.

Walaupun kawasan berkenaan digazetkan sebagai hutan simpan, lokasi itu masih boleh dilawati terutama dalam kalangan pencinta aktiviti hiking.

Digambarkan di puncak Hin Sam Wan pendaki berpeluang menyaksikan tiga pemandangan merentas pantai Mekong, pergununang Pak Kading, Laos dan kehijauan hutan Phu Wua.

Terdapat sembilan laluan pendakian yang boleh digunakan untuk menjejakkan kaki di puncak Hin Sam Wan.

Malah sepanjang pendakian anda berpeluang meneroka lokasi air terjun dan kehijauan flora fauna di hutan simpan ini.

Terletak kira-kira 751 kilometer dari bandar Bangkok, pendaki disaran untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya sehari jika berkunjung ke Hin Sam Wan.

Sumber National Geographic dan Media Terkini