Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Hat Yai Pun Sepi…Rindunya..

Hat Yai Pun Sepi…Rindunya..

1097

Sebut sahaja mengenai Hat Yai pantas terbayang suasana kesibukan bandar yang terletak di sempadan utara Malaysia.

Malah tidak berlebihan jika digambarkan bahawa ramai rakyat Malaysia berkunjung ke Hat Yai jika pertama kali ingin merasai pengalaman mengembara di negara orang.

Terletak di Thailand dan boleh dimasuki menerusi sempadan Padang Besar, Malaysia, Hat Yai popular sebagai destinasi pelbagai gastronomi.

Namun sejak pelaksanaan PKP bermula tahun lalu dan Thailand juga telah menutup pintu sempadan mereka pasti ramai rakyat Malaysia merindui hiruk pikuk di Hat Yai.

Kenderaan Tuk Tuk dan honnya, peniaga yang saling berlawan menjual barang dagangan antara momen berharga di bandar Hat Yai.

Baru-baru ini perkongsian oleh pengguna Facebook Joey Tong mengubat kerinduan kaki kembara Malaysia terhadap bandar di negara Gajah Putih itu.

Antara beberapa keping foto yang dikongsi ialah keadaan di sekitar Hotel Plaza Lee Garden yang terletak di bandaraya Hat Yai.

Hotel berkenaan merupakan tumpuan utama pelancong yang mahu menginap di tengah-tengah ibu kota Hat Yai.

Sekeliling hotel berkenaan sentiasa dipenuhi dengan penjaja yang menjual pakaian, cenderahati dan pelbagai makanan.

Apa yang menarik di sekitar hotel tersebut sudah tentu harga makanan yang murah serendah 10 bhat sahaja.

Turut kelihatan kedai serbaneka 7e yang sering menjadi tumpuan mereka yang mencari minuman unik seperti susu pisang, strawberry dan coklat.

Namun gambar-gambar yang dikongsi Joey Tong sangat berbeza berbanding wajah bandar Hat Yai yang kita kenal.

Bukan sahaja tiada satu pun kenderaan lalu lintas, malah kebanyakan kedai juga tidak beroperasi dan tiada kelibat penjaja kecil berdagang.

Menjengah di ruangan komen, terdapat pengguna Facebook yang telah mula rindu untuk melancong ke Hat Yai..

Sedihnya….ada yang rindu Hat Yai? Apa yang paling korang rindu?

Sumber Joey Tong dan Backpackers Buddies Malaysia