Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Hanya Sejam Dari Pengkalan Hulu Perak, Jom ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

Hanya Sejam Dari Pengkalan Hulu Perak, Jom ke Skywalk Aiyerweng Betong Thailand

3948

Betong, Thailand mungkin tidak sepopular Hat Yai, Danok,Golok dan Wang Kelian yang sering menjadi pilihan percutian balik hari dalam kalangan pelancong Malaysia.

Kesemua lokasi berkenaan mudah untuk diakses menerusi jalan darat dan dekat dengan sempadan Malaysia di kawasan Kedah, Perlis dan Kelantan.

Namun tidak seperti Betong, Thailand yang berada di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Hulu, Perak kurang mendapat perhatian.

Pintu sempadan Betong, Thailand yang terletak kira-kira 10 minit pemanduan jalan darat dari Pengkalan Hulu, Perak juga antara lokasi menarik untuk dikunjungi.

Kewujudan tarikan baharu Skywalk Aiyerwang, Betong di Thailand mungkin antara lokasi yang wajib anda kunjungi.

Boleh memilih untuk menginap di Betong, Thailand atau di pekan Pengkalan Hulu, Perak perjalanan sehala hanya memakan masa antara 45 minit hingga sejam sahaja.

Skywalk Aiyerweng popular dengan jolokan negara awan dalam kalangan lokal di Thailand kerana kepulan awan yang terbentuk di bawah Skywalk Aiyerweng berkenaan.

Selain digelar sebagai negara awan, terdapat juga jolokan popular lain iaitu ‘sea of clouds’ kerana kepulan awan itu bergerak persis seperti arus di laut.

Dibina pada ketinggian 600 meter dari aras laut, Skywalker Aiyerwang bukan sahaja menawarkan panorama awan malah menguji adrenalin penggemar tempat tinggi.

Pada bahagian bulatan pelantar Skywalk sepanjang 61 meter itu dibina menggunakan permukaan kaca telus.

Maksudnya anda boleh apa sahaja yang berada di bawah jambatan berkenaan.

Malah difahamkan jambatan berkenaan antara Skywalk terpanjang pernah dicipta di Asia Tenggara.

Perjalanan ke Skywalker Aiyerwang ini juga amat mudah asalkan anda mempunyai pasport selain infrastruktur jalan rayanya yang amat baik.

Jadi apa tunggu lagiā€¦.lepas vaksin, buka pintu sempadan..jom ke Betong Thailand!!

Sumber: Surgaroute