Home LAIN-LAIN Gelisah Kerana PKP? 3 Perkara Ini Boleh Anda Buat Hilangkan Bosan Terperap...

Gelisah Kerana PKP? 3 Perkara Ini Boleh Anda Buat Hilangkan Bosan Terperap di Rumah!

1545

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan bermula 13 Januari 2021 untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di negara ini.

Hanya dua individu dari kediaman yang sama boleh keluar jika perlu untuk membeli barang keperluan.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan larangan merentas negeri dan daerah untuk mereka yang tinggal di lokasi PKP.

Anda gelisah kerana PKP? Ikuti 3 perkara ini bagi menghilangkan bosan anda terperap di rumah!

#1 Memasak

Jika sebelum ini anda sering membeli makanan di luar, apa kata anda gunakan waktu ini untuk mempelajari skil terbaru ini. Mungkin ada sesetengah di antara anda pandai memasak beberapa juadah, jadi PKP inilah menjadi masa untuk anda mengeksplorasi bakat terpendam dan mengukuhkan skil anda dalam bidang masakan! Lagipun kedai makan tutup pukul 8 kan?

#2 Mengemas rumah

Hasrat mengemas rumah tertangguh semenjak sekian lama? Nak cat rumah waktu PKP tahun lepas tapi tak sempat? Almari penuh dengan baju yang anda tak pakai? Ha, inilah waktunya untuk anda melunaskan semua keinginan anda! Kemas dengan perlahan-lahan, tahu-tahu masa PKP tamat, siap semuanya nanti!

#3 Berkebun

Ha, inilah masanya untuk anda bermesra dengan pohon dan dedaun menghijau! Ketika inilah anda boleh gunakan untuk berkebun, menjadi petani moden menanam sayur atau cili serta berjinak-jinak dengan pokok perhiasan!

Kredit foto: DailyMakan, Butik Sihat Comel & TukangBaikiRumahPahang