Home LAIN-LAIN AIRLINES Empat Pemain Bola Sepak Brazil Maut Dalam Nahas Pesawat

Empat Pemain Bola Sepak Brazil Maut Dalam Nahas Pesawat

745
0

Sebuah pesawat yang membawa empat pemain bola sepak tempatan di Brazil terhempas ketika berlepas Ahad lalu.

Pesawat yang membawa pasukan Palmas Futebol e Ragatas dalam penerbangan menuju ke Goiania untuk menetang kelab Vila Nova.

Difahamkan pesawat tersebut terhempas ketika sedang berlepas dari lapangan terbang Tocantis dan terbakar di hujung landasan.

Pesawat yang membawa mereka hancur teruk dan kesemua pemain bola sepak termasuk presiden kelab Palmas maut.

Sehingga kini siasatan masih dilakukan untuk mengenalpasti punca pesawat tersebut terhempas ketika sedang berlepas.

Kesemua mangsa sepatutnya menaiki penerbangan yang sama dengan rakan sepasukan yang lain.

Namun disebabkan mereka disahkan positif Covid19 kesemua mereka perlu menjalani kuarintin.

Selepas tamat kuarintin mereka menaiki pesawat berbeza…kemudian terhempas.

Ajal dan maut di tangan Tuhan…selamat dari Covid19 tapi bukan dari maut.

Sumber Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here