Home MALAYSIA Eksplorasi Warna-warni Pitas Mangrove @ Kampung Rosob, Sabah

Eksplorasi Warna-warni Pitas Mangrove @ Kampung Rosob, Sabah

4159
0

Sabah kaya dengan keaslian alam semula jadi, hidupan marin dan lautan yang jernih waima di sekitar pusat bandarnya iaitu Kota Kinabalu.

Ternyata, selain popular dengan keaslian akuatik dan marin, Sabah juga mempunyai kawasan hutan paya yang mampu menjana sektor ekonomi pelancongan tempatan.

Satu daripada tarikan pusat pelancongan di Sabah ialah hutan paya bakau.

Triphackerz.com kali ini membawa anda ke Pitas Mangrove, Kampung Rosob yang merupakan antara destinasi hutan paya bakau popular di negeri bawah bayu ini.

Terletak dalam daerah Pitas, kawasan hutan paya seluas 1,600 hektar itu merupakan benteng terpenting ekosistem marin, mengelakkan hakisan tanah dan meleraikan ombak.

Berkisar mengenai Mangrove Pitas di Kampung Rosob Sabah ini, pasti ramai tertanya-tanya, apa yang menarik di sini?

Kepelbagaian corak abstrak dan warna yang dicat pada bahagian jambatan serta laluan sepanjang Mangrove Pitas menukar excitement anda jika mengembara di sini.

Sudah tentu dengan kewujudan pelbagai warna yang dikatakan bak pelangi, sedikit pun tidak membuatkan anda bosan sepanjang menyelusuri setiap pelusuk di Mangrove Pitas.

Apa yang penting, kewujudan jambatan warna-warni ini sekali gus menjadikan setiap pelusuk hutan paya bakau Pitas sebagai sudut Instaworthy. 1…2…3 Posed!!

Jangan lupa singgah di Pitas Bayview yang juga sebahagian daripada tarikan dalam jelajah Pitas Mangrove. Anda bakal disajikan dengan pemandangan laut terbentang luas.

Dinasihatkan kepada orang awam yang ingin berkunjung ke sini sila pakai pakaian yang bersesuaian untuk memudahkan pergerakan anda.

Sumber Instagram placesmalaysia dan justinlingg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here