
Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan ialah antara destinasi percutian ecotourism yang paling menarik di Malaysia.
Hutan Lipur Gunung Stong telah diwartakan sebagai Taman Negeri di Kelantan.



Ia terletak di daerah Dabong dalam Jajahan Kuala Krai.
Taman Negeri ini meliputi pinggir Banjaran Titiwangsa.
Terkenal dengan Air Terjun Jelawang yang sangat tinggi, Taman Negeri ini sebenarnya mempunyai berbagai tarikan lain.
Ia kaya dengan flora dan fauna termasuk bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia.



Selain itu beberapa spesis binatang liar juga boleh terdapat dikawasan ini seperti gajah Asia, seladang, harimau Malaya, kambing gurun, burung enggang, tapir dan pelbagai hidupan liar eksotik lain.
Ha, kepada pencinta alam, apa lagi, jangan lupa untuk mengembara di Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan dan rasai sendiri keunikannya!
Sumber & kredit foto: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan