Home MALAYSIA Dekorasi Hari Natal Awesome di Pusat Beli Belah Kuala Lumpur

Dekorasi Hari Natal Awesome di Pusat Beli Belah Kuala Lumpur

2201
0

Ho Ho Ho!! Merry Christmas….

Triphackerz ingin mengucapkan Selamat Hari Natal khususnya kepada follower dan pembaca beragama Kristian serta mereka yang menyambut perayaan ini.

Jatuh pada 25 Disember, kali ini giliran dekorasi Hari Natal memonopoli pusat beli belah dalam negara.

Jadi kali ini Triphackerz ingin berkongsi pusat beli-belah yang boleh anda kunjungi untuk merakamkan momen tema Hari Natal.

Pusat beli belah Sunway Pyramid dihiasi dengan pelbagai reka bentuk lampu yang menarik kala berkunjung di pusat beli belah itu.

Malah ruang Sunway City dimonopoli juntaian lampu seakan snow flakes dan bintang-bintang berkedipan di langit. Meriah suasana di sekitar Sunway City.

Suria KLCC tidak kurang hebat apabila ruang tengah dalam pusat beli belah tersebut telah diubah suai kepada alam fantasi dunia Santa Claus.

Cuba menghidupkan dunia magis seperti di North Pole, perletakan pokok Krismas menghidupkan suasana sambutan Hari Natal.

Pavillion Kuala Lumpur berjaya mengubah ruang pusat beli belahnya kepada dunia yang sangat berlainan. Implementasi warna merah, hijau dan putih memonopoli ruangan hiasan Hari Natal.

Pokok Krismas gergasi dan orang-orang salji yang dapat anda saksikan ketika berada di Pavillion Kuala Lumpur. Persis berada dalam musim salji, rasanya interior Krismas Pavillion sangat awesome!!

Jadi apa tunggu lagi, jom kita bergambar. Merry Christmas!!

Sumber Tourism Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here