Home LAIN-LAIN Dari Kampung Hantu, Ghuraifa kini Tarikan Pelancongan di UAE

Dari Kampung Hantu, Ghuraifa kini Tarikan Pelancongan di UAE

344

Ghuraifa sebuah perkampungan yang terletak antara Hatta dan Dubai merupakan tarikan enthusiast fotografi merakamkan momen di sini.

Sekitar tahun 1970an perkampungan di Ghuraifa penuh dengan penghuni sehingga lewat 1999 penduduk secara berperingkat keluar dari perkampungan berkenaan.

Kawasan yang dahulunya terselamat daripada serangan ribut pasir akhirnya semakin ditenggelami pasir sehingga beberapa kediaman terkambus.

Sehubungan itu, kerajaan telah memberikan penduduk kampung pampasan dan sebuah rumah untuk mereka memulakan kehidupan baharu sekali gus keluar dari kediaman asal mereka.

Sejak dari itu, seorang demi seorang penduduk keluar sehingga perkampungan itu digelar Ghost Village dalam kalangan penduduk setempat.

Sungguhpun begitu, timbunan pasir dan beberapa kediaman yang masih utuh menjadikan perkampungan ini sebagai tarikan pelancongan.

Deretan rumah saling bertentangan dan sebuah masjid yang masih utuh antara monumen eksprimentasi bidikan kamera para pencinta fotografi.

Malah lokasi perkampungan terbiar itu kini menjadi pilihan jenama antarabangsa untuk melakukan sesi photoshoot kerana suasananya yang dikatakan berprestij.

Malah lokasi itu menjadi antara tarikan pelancongan tertinggi di UAE. Timbunan pasir pada bahagian rumah dan ada monumen hanya menampakkam bumbung faktor estetika di sini.

Walaupun kini mencecah hampir 20 tahun kampung berkenaan masih utuh. Malah dikhabarkan terdapat perabot yang masih elok dalam beberapa kediaman.

Siapa sangka dari kawasan tragediā€¦kepada perkampungan hantuā€¦kini menjadi antara pusat pelancongan utama di UAE.

Sumber Khaleejtimes.com