
Chai Masala atau teh masala merupakan minuman yang tidak asing dalam kalangan masyarakat India.
Menggunakan daun teh terbaik kemudian diadun bersama susu lembu atau susu lembu segar, Chai Masala pilihan tepat kala mahu bersantai atau berehat sebentar.
Kesegaran kala menghirup Chai Masala bergantung kepada adunan rempah ratus terutama kayu manis yang ada kalanya seperti bau renehan sup.

Anda yang mahu merasai nikmat Chai Masala di tengah hiruk-pikuk kota boleh memburu seorang pemuda di ceruk bangunan Bricksfield, Kuala Lumpur.
Sering mengenakan baju kemeja dan setia memakai pelitup muka sebagai mematuhi saranan SOP, pemuda bernama Kavie ini menyajikan Classic Chai resepinya sendiri!!
Tapi awas Kavie tidak membuka gerai sebaliknya setia membawa tong teh yang diikat pada bahagian belakang basikalnya setiap hari antara pukul 3 petang hingga 5 petang sahaja.

Menggunakan basikal tua, pemuda awal 20an ini akan mengayuh di sekeliling Bricksfield mencari pelanggan untuk menikmati Chai Masala hidangannya.
Jangan pandang sebelah mata hasil sentuhan air tangan pemuda ini kerana dia merupakan bekas graduan kejuruteraan.
Malangnya, disebabkan oleh pandemik Covid19 dia gagal mendapatkan pekerjaan dan tekad meneruskan kehidupan dengan menjual Chai Masala.

Apa lagi anda tunggu? Jom support lokal produk kita. #KitaJagaKita
Sumber Facebook UnderMyPayung
Keep in touch with Kavie 0183900171