
Casabrina Vacation Villa ini terletak di Raub, Pahang. Tempat ini dapat menghilangkan rasa sakit kepala anda dan membebaskan anda dari kesesakan bandar yang tidak pernah berhenti.
Yang lagi menarik, untuk mereka yang datang dari Kuala Lumpur, masa untuk datang ke sini cuma 1 jam 20 minit sahaja. Dekat lah juga kan? Sekejap je tu bawak kereta dah sampai.
Secara amnya, kawasan ini dikelilingi oleh hutan jadi memang confirm akan sejuk punya jika anda menginap di sini. Tambahan lagi, anda dapat menghirup udara yang segar dan menikmati ‘view’ yang sukar diperolehi di bandar.
Villa ini diberi nama jolokan sebagai tanah kayangan oleh kerana kemudahan serta villa yang tersergam indah dan cantik ini dibina seperti kayangan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini diberi taraf bukan 4 bintang, atau 5 bintang tetapi 6 BINTANG! Wow mesti gempak servis yang diberikan di sini.

Villa di sini terbahagi kepada dua iaitu Harundalu dan Amertani. Kedua dua bahagian ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Terdapat juga infinity private pool untuk anda menikmatinya. Setiap bilik dilengkapi dengan bathtub. Mesti best punya lah dapat menginap di sini.


Selain dari itu, terdapat juga perkhidmatan lain di situ seperti golf, spa, jungle trekking dan pelbagai lagi.
Sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan serta ketenangan jiwa. Semestinya anda tidak akan melupakan pengalaman anda setelah datang ke sini.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh melawat facebook rasmi mereka facebook.com/casabrinavillas. Kumpul duit okay mana tahu saya hari nanti boleh datang ke sini.