Home MALAYSIA CU Mart dari Korea bakal Beroperasi di Malaysia 1 April ini..

CU Mart dari Korea bakal Beroperasi di Malaysia 1 April ini..

1789
0

Kedai serbaneka yang beroperasi selama 24 jam bukanlah asing di Malaysia. Malah boleh dikatakan kedai ini merupakan penyelamat pada malam hari ketika amat diperlukan.

Umum mengetahui monopoli kedai serbaneka 7eleven dalam pasaran ini kemudian kemasukan Family Mart antara dua kedai serbaneka popular di negara ini.

Namun kedudukan dan perkongsian pasaran mereka bakal dicabar dengan kemasukan konsep yang sama seperti 7eleven dan Family Mart iaitu CU Mart.

Penggemar dunia Kpop atau mereka yang suka melancong ke Korea Selatan pasti tidak asing dengan kewujudan CU Mart yang memonopoli daerah di sekitar Korea.

Daripada segi konsep mungkin CU Mart menyediakan perkhidmatan sama seperti 7eleven dan Family Mart. Namun menariknya mengenai CU Mart bakal memasarkan makanan Korea.

Dalam kepala admin telah terbayang kesedapan susu pisang dan ramen pedas yang popular di kedai-kedai CU Mart di Korea.

Daripada segi warna, CU Mart mengetengahkan maskot bear putih dan warna ungu seperti lavender. Pasti konsep yang sama diaplikasikan di Malaysia kelak.

Lupa pula admin kongsi. CU Mart pertama bakal memasuki pasaran Malaysia pada 1 April ini bertempat di Centre Point Bandar Utama 1.

Di sebalik pandemik dengan kemasukan franchise baharu diharapkan ekonomi negara amnya bakal pulih.

Selamat datang CU Mart!!!!

Sumber Rizal Hakimm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here