Home MAKAN-MAKAN Cafe Lepak Yang Sangat Chill Di Tengah Kuala Lumpur, Jom ke Craf...

Cafe Lepak Yang Sangat Chill Di Tengah Kuala Lumpur, Jom ke Craf Roaster Untuk Nikmati Hidangan Yang Enak!

3486
0
Image

Sambil berjalan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang dibanjiri ramai orang, mesti anda akan mencari tempat lepak untuk bersantai setelah penat berjalan. Oleh itu, anda boleh datang ke Craf Roaster untuk nikmati santapan yang menarik.

Craf Roaster terletak di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul Park. Ia mula beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Ia hanya buka pada hari Selasa hingga Ahad.

Image

Craf Roaster merupakan kafe yang menyajikan hidangan barat dan minuman kopi yang enak. Dekorasi minimalist yang diterapkan di kafe ini membuatkan ramai yang tertarik untuk datang ke sini.

Cafe ini sangat lapang dan luas dan boleh memuatkan jumlah pelanggan yang agak banyak.

Hiasan dalaman yang cantik membuatkan kafe ini kelihatan lapang dan oleh kerana kedudukannya yang strategik, menjadikan kafe ini sebagai tempat yang memberikan pemandangan yang menarik.

Jadi bagaimana pula dengan hidangan di sini? Di sini makanan berkonsepkan ala barat dan sangat sesuai untuk santapan pada waktu pagi, tengahari dan minum petang.

Image

Selain dari itu, anda boleh bergambar di sini tidak kira di dalam mahupun kawasan luar kerana ianya sangat cantik dan tenang.

Image

Tempat ini sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Jangan risau, ajak rakan anda datang ke sini, confirm mereka akan suka.

Anda perlu cuba datang ke sini dan nikmati sendiri keunikan dan kelainan yang terdapat di Craf Roaster ini. Tidak kira dari segi hidangan mahupun pemandangan, kedua-duanya bakal menambat hati anda dan membuatkan anda untuk datang ke sini lagi.

Anda boleh layari facebook mereka untuk mengetahui perkembangan terkini dan menu terbaru mereka di Craf Roaster. Di sini, anda boleh juga terus berhubung dengan mereka untuk sebarang pertanyaan.

sumber gambar: twitter Jomkitamy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here