Home MALAYSIA HOTEL & RESORT WOLO Hotel Kuala Lumpur, Staycation Terbaru Korang Boleh Try!

WOLO Hotel Kuala Lumpur, Staycation Terbaru Korang Boleh Try!

2605
0
sumber: placesmy.com

Kuala Lumpur sudah terkenal dengan tempat-tempat menarik dan pelbagai lagi yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini. Buat anda yang tengah plan nak staycation dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur tu, boleh lah datang ke WOLO Hotel Kuala Lumpur. Confirm anda akan terpegun dengan kecantikan hotel ini.

Lagi satu nak datang ke sini pon senang je. Anda boleh menaiki public transport. WOLO Hotel terletak di Bukit Bintang, tempat yang paling sibuk di Kuala Lumpur. Anda boleh datang dengan menaiki MRT dan turun di stesen Bukit Bintang sahaja dan jalan kaki dari situ dan terus boleh sampai ke hotel.

sumber: klia2.info

Selain dari kemudahan pengangkutan, di sini juga anda dapat bersiar di pusat membeli belah yang terkenal di Malaysia iaitu Pavilion. Segalanya anda boleh dapat di sini. Tapi hati-hati tau bila masuk sini, takut tetiba ja duit habis sebab mesti rasa semua benda nak beli.

Mari kita tengok pula apa yang ada di WOLO hotel ini. Secara luaran, hotel ini sangat cantik hiasannya. Dengan dekorasi yang menerapkan unsur minimalist, dapat menambat lagi hati pengunjung yang ingin datang ke hotel ini.

sumber: traveltriangle.com

Bilik yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Tambahan pula jika anda dapat menempah bilik yang memberikan anda pemandangan mengadap KLCC. Mesti tak tido malam punya, terngiang-ngiang dengan keindahan dan ketenangan suasana malam bandar Kuala Lumpur.

WOLO Hotel bakal menyajikan anda nikmat percutian yang sangat indah. Jangan lupa plan bersama rakan-rakan anda untuk staycation di sini. Anda boleh membuat tempahan melalui agoda, booking.com, trivago dan pelbagai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here