
Mesti ramai kan yang teringin bercuti di resort yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai supaya dapat bersiar tepi pantai dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Jangan risau, salah satu resort yang mempunyai ciri idaman itu, terletak di Kuantan, Pahang. Resort ini dinamakan sebagai Adena Beach Resort.

Dengan hanya selangkah sahaja dari pantai, anda dapat menikmati pemandangan pantai yang sangat menarik tambah lagi apabila tiba waktu matahari senja.
Disediakan sekali ‘bean bag’ untuk anda lepak bersama rakan-rakan dan dapat memesan hidangan yang lazat dan enak di cafe berdekatan.

Selain itu anda juga dapat menikmati swimming pool yang sangat luas dan boleh memuatkan lebih dari 10 orang. Dapat lah berenang puas-puas di situ jika anda masih belum puas untuk bermandi di pantai.
Selain dari mandi pantai, anda juga boleh melakukan aktiviti bola tampar bersama pelancong yang lain di kawasan pantai.
Pelbagai pilihan bilik yang disediakan di sini dan bilik yang menjadi tumpuan adalah Bungalow, Two Bedroom Chalet, Presidential Suite, Family Suite dan Deluxe Sea View Triple.


Lagi best kalau anda pilih bilik yaang dapat sea view. Barulah seronok apabila tiba waktu pagi, bangun sahaja keluar bilik terus nampak pemandangan laut yang cantik.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh mengunjungi laman sesawang rasmi mereka iaitu Adena Beach Resort untuk mengetahui perkembangan terkini malah membuat tempahan terus di situ.
Ataupun anda boleh melihat foto-foto yang menarik dan terkini di laman instagram mereka iaitu Adena Beach Resort.
Jangan lupa datang ke Kuantan dan menginap di resort yang sangat menyeronokkan ini!
sumber gambar: Adena Beach Resort