Home LAIN-LAIN Berkhemah Pada Ketinggian Burung Terbang Cerun Gunung…Anda Berani?

Berkhemah Pada Ketinggian Burung Terbang Cerun Gunung…Anda Berani?

478

Di Malaysia aktiviti cliff camping mungkin masih asing atau langsung tidak dipelopori oleh mana-mana pemain industri pelancongan tempatan.

Namun di sekitar Eropah seperti Britain, cliff camping merupakan konsep perkhemahan yang semakin mendapat perhatian dan diterima meluas dalam kalangan individu yang gemarkan cabaran.

Cliff camping merupakan konsep perkhemahan di cerun bukit atau gunung yang lazimnya pada kedudukan yang tinggi dari aras laut.

Tidak dinyatakan berapa ketinggian lazim untuk meletakkan khemah ini, tetapi ketinggian itu sama paras dengan penglihatan seekor burung yang sedang terbang.

Tinggi dan gerun sebenarnya. Ketika melaksanakan perkhemahan ini penghuni hanya dibekalkan khemah dan gear mendaki.

Namun, seiring pengalaman pemain industri cliff camping, pengunjung kini tidak perlu mempunyai pengalaman mendaki.

Bagi yang pertama kali melakukan aktiviti ini pasti gerun berada pada aras tinggi tanpa sebarang dinding di bahagian kiri kanan.

Malah disarankan untuk tidur menghadap ke permukaan gunung atau bukit yang mungkin satu-satunya benteng untuk anda.

Menyorot sejarah cliff camping, ia bermula daripada tragedi yang menimpa seorang lelaki sekitar tahun 2000 ketika mendaki Half Dome di Yosemite.

Lelaki berkenaan terperangkan dicerun dalam keadaan ribut dan mencipta khemah sendiri yang lebih kukuh di cerun untuk berlindung.

Perlu diketahui aktiviti ini bagaimanapun telah popular sekitar 1980.

Khemah berkenaan digelar dengan portaledges dan amat kukuh bukan sahaja menampung penghuni malah ketika ribut.

Jangan khuatir kerana sepanjang perkhemahan, anda akan dipantau mereka yang profesional.

Persoalannya? Adakah anda berani????

Sumber John Mohamed dan wildbounds.com