Home ASIA CIHINA Berharga RM25,000 Sekilogram, Teh Najis Panda Mampu Rawat Kanser?

Berharga RM25,000 Sekilogram, Teh Najis Panda Mampu Rawat Kanser?

1111

Pada harga RM25,000 untuk satu kilogram daun teh, teh dari wilayah Sichuan, China ini mungkin yang termahal dihasilkan di dunia.

Daripada sudut fizikal tiada apa yang unik mengenai daun teh hijau ini, sementelah kaedah penjagaannya masih sama.

Namun apa yang menyebabkan teh mahal seperti sebuah kereta basic Perodua Axia? Teh hijau di wilayah ini berharga kerana disemai dengan najis panda.

Cuma kaedah semaian yang dilakukan bukanlah memberikan panda memakan daun teh kemudian najis haiwan itu dikeringkan dan didagangkan.

Sebaliknya teh hijau ini disemai dengan baja daripada najis panda yang diperoleh daripada pusat jagaan panda di wilayah tersebut.

Saban bulan kira-kira 10tan najis panda yang diperlukan untuk menjadi baja supaya tanaman teh hijau tetap subur.

Apa uniknya najis panda ini? Kajian pakar penyelidik mendapati buluh yang dimakan panda berkenaan mempunyai nutrien tinggi termasuk anti kanser.

Apabila najis tersebut diproses dijadikan baja pada teh hijau, nutrien tersebut diserap dalam setiap daun untuk dinikmati penggemarnya.

Difahamkan teh hijau juga terkenal dengan khasiat anti radang. Gabungan baja dari najis panda meningkatkan nilai nutrient dalam sehelai daun teh hijau.

Nasib makan hasil baja sahaja. Kalau di Indonesia dari najis luwak dijadikan kopi….

Nasibla……..

Sumber John Mohamed