
Semua mesti pernah rasa nasi dagang kan? Setiap masakan mesti akan ada kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri. Setiap masakan hasilnya berlain-lainan. Terdapat satu kedai nasi dagang yang meletop iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Jadi apa yang menarik sangat dengan nasi dagang di sini?
Nasi Dagang Atas Tol ini terletak di Kuala Terengganu. Manakala mereka beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ia memang kedai makan yang menyediakan untuk santapan sarapan pagi sahaja.

Lagi satu mereka juga membuka kedai mereka dari setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Jangan pula datang hari Isnin dan Selasa, rugi pula masa anda nanti.
Jika anda datang salah timing, anda berkemungkinan perlu beratur hampir SATU JAM! Wow ramainya yang menantikan hidangan nasi dagang di sini. Kalau dah sedap tu, lama mana pun sanggup tunggu juga kan?

Hidangan gulai ikan tongkol yang istimewa ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sehinggakan orang dari luar Terengganu pun sanggup datang ke sini semata mata untuk sepinggan nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Nasi dagang yang sangat lembut menambahkan lagi selera untuk sarapan pagi di situ.


Tambahan lagi, hidangan tanpa minuman mestilah kurang enak bukan? Menu kedua yang menjadi tarikan pelanggan iaitu Teh Beng Ombak Rindu. Teh tarik yang digabungkan bersama madu dan dihiasi buih yang tebal di atas. Sekali hirup mesti nak lagi!
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan menu klasik di sini seperti pulut nyor, nasi kapit dan pulut kuning. Ngam lah kan dengan tekak melayu.
Apa pun, jika anda datang ke Kuala Terengganu, anda harus cuba hidangan nasi dagang di sini. Mesti anda tidak akan menyesal! Harga yang dikenakan di sini sangat berpatutan dan berbaloi. Apa yang penting, makan sepinggan sahaja mesti tak cukup.
Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini mesti anda menambah hidangan mereka. Mereka turut membuka cawangan lain iaitu di Losong, Kubang Badak dan Padang Negara.
Anda boleh kunjungi lama facebook rasmi mereka iaitu facebook.com/nasidagangatasto/ untuk mengetahui perkembangan terkini tentang kedai ini.
sumber gambar : https://www.facebook.com/nasidagangatasto/