
Berita baik untuk warga Perak, port baru untuk bersukan dan beriadah. Penggemar aktiviti lasak amat digalakkan untuk datang ke sini.
Tempat yang dimaksudkan itu adalah Royal Belum State Park! Ianya terletak di Pulau Banding, Gerik.
Pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan apabila anda berada di sini. Di sini anda boleh melakukan nature tour di mana anda dapat melihat gajah, rusa, burung dan tumbuhan liar seperti rafflesia.


Di sekitar sini juga terdapat tasik temenggor di mana anda boleh melakukan aktiviti memancing di sini.
Di situ juga anda boleh menaiki rakit buluh dan bersiar di sekitar Sungai Kejar. Aktiviti ini agak bahaya, jadi sila pastikan anda patuhi segala arahan keselamatan yang diberi.

Anda boleh bermalam di boat house yang boleh memuatkan 15-20 orang. Mesti best kan kalau ajak kawan kawan datang dan bermalam di dalam boat house ini.

Terdapat juga kawasan air terjun yang agak luas di sini. Kawasan tersebut dipanggil air terjun Sungai Kooi. Best dapat mandi di sini dan merasai air bukit yang sejuk dan segar.

Yang terakhir, jika anda ingin bermalam di sini, anda boleh menempah bilik di Belum Rainforest Resort. Tempat penginapan sangat selesa dan dapat mendekatkan lagi anda dengan suasan flora dan fauna.
Jangan lupa datang ke sini untuk memeriahkan lagi hari minggu anda! Lagi satu, jika anda ingin menempah tempat penginapan Belum Rainforest Resort, anda boleh kunjungi laman sesawang ini http://www.belumecoresort.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut.
Sumber: www.facebook.com/PlacesMalaysia/