Home LAIN-LAIN Bangsa J Ada Jalan Berirama Pertama Malaysia!!

Bangsa J Ada Jalan Berirama Pertama Malaysia!!

700

Jalan berirama bukanlah sesuatu yang asing di negara-negara luar. Negara Asia Timur seperti Jepun turut memiliki jalan berirama di negara mereka.

Jalan berirama dalam bahasa Inggeris digelar sebagai Melody Road bukanlah sebagai tarikan, namun lebih kepada menghilangkan rasa bosan dan mengantuk di jalanan.

Lazimnya melodi yang dihasilkan bergantung kepada melodi asas dalam not muzik iaitu Do Re Mi Fa So La Ti Do….dan sebaliknya.

Bunyi yang dihasilkan pula melodi trumpet, piano dan bukanlah melodi muzik yang moden seperti di kelab hiburan.

Namun, ia cukup untuk menghiburkan diri, melepaskan seketika tekanan dan menghilangkan rasa mengantuk.

Berita baik untuk anda….jalan berirama kini terdapat di Malaysia. Jalan ini terletak di Batu Pahat, Johor berdekatan dengan kilang Munchys.

Mungkin kewujudan jalan berirama ini merupakan yang pertama dibina di negara ini. Terletak di jalan menghala ke Sri Medan ia kini menjadi tumpuan pemandu.

Namun untuk mendengar bunyi berkenaan kenderaan perlu dipandu atau ditunggang sekitar 40 hingga 50 km per jam.

Hanya dalam lingkungan halaju berkenaan, bunyi yang daripada jalan berirama itu boleh didengari.

Lebih daripada halaju berkenaan hanya menghasilkan bunyi kurang enak.

Jom cari jalan ni…

Sumber: Tuan Mohamad Faiz Azman