
Pulau Mabul merupakan pulau yang terletak di utara Borneo. Ia merupakan laluan utama atau pintu masuk ke Pulau Sipadan yang mengambil masa selama 15 ke 20 minit dengan menggunakan botlaju. Bagi mereka yang berada di luar Sabah & Sarawak, anda boleh datang ke sini dengan menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau kemudian anda perlu pergi ke Semporna dengan menaiki teksi.
Pulau Mabul terkenal dengan aktiviti menyelam di mana laut tersebut anda dapat melihat pelbagai jenis keunikan hidupan laut yang wujud di situ. Sudah pasti ramai yang datang ke situ akan merasai keunikan serta keseronokkan apabila berada di pulau tersebut.

Antara pilihan penginapan yang dapat ada di sini adalah Sipadan Mabul Resort, Mabul Water Bungalow dan Borneo Divers Mabul Resort. Jangan setiap penginapan di sini anda akan dapat merasai pemandangan dan angin laut yang segar.
Apabila anda berada di laut, anda mesti teringin untuk menyelam ke dasar laut untuk mengetahui kepelbagaian hidupan laut di situ. Jadi di sini anda boleh mendapatkan peralatan serta pakej menyelam dengan Scuba Buddy Sipadan, Uncle Chang’s Diving dan Billabong Scuba. Anda turut diberi panduan dari segi teknik menyelam dan serta peralatan mengikut pakej yang diberi oleh mereka.

Bagaimana pula jika anda lapar ? Jangan risau, di Pulau Mabul ini juga anda dapat menikmati makanan laut serta pelbagai pilihan makanan yang lain di restoran yang berikut seperti Summer Breeze Cafe, Anjung D’Samudera Cafe dan Restoran Seafood Semporna. Terdapat pelbagai juadah serta masakan yang disediakan di sini dengan harga yang berpatutan.
Tarikan utama untuk pelancong yang datang ke sini sudah tentu kecantikan laut yang kebiruaan warna airnya. Itu merupakan aset yang paling berharga bagi pulau ini. Semua pengunjung yang datang ke sini tidak sabar untuk bermandi di laut air biru itu dan menikmati pemandangan apabila matahari senja.

Bagi mereka yang belum datang ke sini, cepat cepat kumpul duit dan masukkan Pulau Mabul ini sebagai salah satu destinasi melancong anda. Satu lagi tips jangan datang pada waktu kemuncak seperti musim bercuti kerana anda akan bersesak dengan orang ramai dan bila anda datang pada waktu yang tidak kemuncak mesti anda dapat menghayati percutiaan anda dengan lebih tenang dan nyaman.