Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Alami Percutian Ringkas Seakan di Kampung dan Nikmati Bayu Laut di Chalet...

Alami Percutian Ringkas Seakan di Kampung dan Nikmati Bayu Laut di Chalet As Salam

4823
0

Persis seperti berada di sebuah perkampungan yang asing dari dunia luar namun sarat dengan elemen tradisional antara magnet Chalet As Salam Pusat Rekreasi dan Penginapan di Mengabang Telong.

Terletak di Terengganu dengan jarak pemanduan hanya kurang 20 kilometer dari Kuala Terengganu, pusat penginapan ini amat sesuai bagi mereka mendambahkan kehidupan tenang di desa.

Deretan rumah chalet yang dibina sepenuhnya menggunakan kayu jati di samping elemen ukiran kemelayuan halus..merupakan identiti di pusat penginapan ini.

Malah penginap yang mahukan suasana seakan-akan camping turut boleh menikmati pengalaman berkenaan di kawasan chalet ini kerana berkhemah juga dibenarkan.

Walaupun mengekalkan identiti tradisional, kemudahan asas sebuah rumah penginapan seperti keperluan katil, tandas dan penghawa dingin sudah tentu disediakan.

Paling penting mengenai lokasi percutian ini, kawasan sekitarnya turut dijaga rapi dengan mempraktikkan tahap kebersihan yang tinggi.

Malah kepada pencinta laut sekalian, terdapat kawasan pantai berdekatan dengan chalet tersebut yang membawa angin sepoi ke segenap ruang chalet.

Bagi mereka yang ingin menikmati panorama senja dan pagi hari menghadap ke laut, perlu bijak memilih rumah chalet bersesuaian untuk anda diami.

Jadi tunggu apa lagi…setelah PKPB diumumkan di seluruh negara dan kebenaran merentas daerah, inilah peluang mengubati impak daripada melalui musim PKP…

Guano boh!!

Sumber Pakej Percutian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here