Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Alami Layanan Luxury Hanya di Weil Hotel

Alami Layanan Luxury Hanya di Weil Hotel

461

Inginkan percutian yang mewah? Jom datang ke Weil Hotel. Weil Hotel ini terletak di Ipoh, Perak. Apa yang menariknya di hotel ini adalah, layanan istimewa mereka dan juga pemandangan bandar Ipoh yang sangat cantik.

Daripada gambar sahaja anda sudah boleh menilai yang interior di dalamnya sudah mewah bukan? Tambahan lagi, ianya terletak di lokasi yang sangat strategik yang hanya bersebelahan saja dengan Ipoh Parade.

Anda boleh dapatkan dua jenis pilihan bilik di sini, iaitu Standard Room atau Concept Room. Jika anda berminat dengan Concept Room, anda bakal menikmati pemandangan bandar Ipoh yang sangat cantik dan indah.

Kemudahan yang disedikan di dalam bilik juga sangat lengkap. Ditambah pula terdapat bilik yang menempatkan bath tub di dalamnya.

Selain dari itu, anda boleh nikmati infinity pool yang agak luas sambil disajikan pemandangan yang sangat tenang dan menakjubkan.

Jadi memang tidak rugi jika anda memilih Weil Hotel sebagai tempat penginapan percutian anda semasa anda berada di Ipoh.

Untuk makluman lanjut, anda boleh dapatkan di laman sesawang rasmi mereka iaiu Weil Hotel malah anda boleh terus membuat tempahan secara online di situ. Selain itu, facebook mereka juga iaitu Facebook Weil Hotel turut juga aktif untuk mengemaskini mengenai perkembangan mereka.

sumber gambar: Facebook Weil Hotel