Home LAIN-LAIN AIRLINES AirAsia Buka Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Macao

AirAsia Buka Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Macao

1652
0

AirAsia Buka Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Macao. Jika sebelum ini AirAsia terbang dari KLIA2 ke Macao kini, Air Asia Memperluaskan lagi laluannya ke Macao melalui Kota Kinabalu pula. Penerbangan empat kali seminggu ini akan bermula pada 2 November 2018 ini.

Dikenali sebagai Las Vegas Asia, Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya destinasi yang unik dan menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.

Menurut Spenser Lee ketua bahagian Komersial AirAsia Malaysia berkata, ‘Kota Kinabalu merupakan salah satu hub terbesar selepas Kuala Lumpur dan kami amat komited untuk mengembangkan lagi laluan terbaru untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Kami telah melancarkan penerbangan secara terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan terbaru laluan ke Macau. Kami berharap akan membuka pelbagai laluan dari Sabah ke seluruh Asia dan Australia’.

Untuk laluan Kota Kinabalu ke Macau, AirAsia telah menetapkan tempahan awal harga Rm 134 untuk pelanggan biasa dan Rm 129 untuk pelanggan Bigpoint. Kepada yang berminat ingin ke Macau, anda boleh membuat tempahan bermula 19 Ogos ini untuk tarikh penerbangan 2 November 2018 sehingga 29 Mac 2019. Log masuk menggunakan ahli Big untuk mendapat diskaun sebanyak RM32.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here