Home LAIN-LAIN AIRLINES Air Sial Harapan Pemulihan Ekonomi di Pakistan

Air Sial Harapan Pemulihan Ekonomi di Pakistan

2031
0

Kala industri penerbangan dunia sedang bergelut mempertahankan perusahaan masing-masing, lain pula ceritanya di Pakistan.

Negara Islam itu baru-baru ini memperkenalkan syarikat penerbangan swasta ketiga di Pakistan iaitu Air Sial.

Agak janggal nama itu di Malaysia, namun nama Air Sial diambil bersempena sebuah bandar di Pakistan iaitu Sialkot.

Air Sial sepatutnya memulakan operasi pada Jun lalu, namun terpaksa ditangguh akibat pandemik Covid19 yang melanda di seluruh dunia.

Bagi rakyat Pakistan Air Sial mungkin menjadi sebuah kebanggaan kepada mereka dalam usaha menyemarakkan lagi ekonomi di negara itu.

Air Sial turut menawarkan penerbangan domestik yang melibatkan lokasi dalam negara seperti Islamabad, Peshawer, Karachi dan Lahore.

Air Sial bakal beroperasi menggunakan pesawat jenis Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap iaitu sebuah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland.

Sebagai permulaan sebanyak tiga pesawat diperuntukkan. Walau bagaimanapun hanya sebuah pesawat selamat mendarat di Karachi International Airport.

Pada masa akan datang, Air Sial telah merancang untuk menceburi penerbangan antarabangsa terutama ke Asia Timur.

Setakat ini berdasarkan maklumat sedia ada difahamkan Air Sial bakal memulakan operasi secara rasmi pada 25 Disember ini.

Sumber Sabah Post Net dan Facebook Kaki Travel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here