Home LAIN-LAIN Acah Ular Tedung Untuk Elak di Patuk Antara Tip Survival di Hutan

Acah Ular Tedung Untuk Elak di Patuk Antara Tip Survival di Hutan

2745

“Atuk nenek, cucu tumpang lalu….”

Pasti ramai pernah mendengar cerita orang dulu-dulu sering menggunapakai dialog di atas sebelum masuk ke kawasan asing terutama di hutan.

Sekadar mengimbau kenangan lalu, Triphackerz pada kali ini berkongsi tip ketika berada dalam hutan dan langkah berjaga-jaga sekiranya berdepan bahaya.

  1. Lumut taik kera

Sekiranya berjalan pada waktu malam di hutan tebal berdekatan air terjun dan sungai, akan kelihatan cahaya berwarna hijau. Benda bercahaya itu ialah lumut taik kera. Lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang). Kalau tersesat, ikut sahaja laluan bercahaya tersebut untuk mengelakkan anda terlanggar pokok.

2. Ular tedung


Sekiranya anda terserempak reptilia berbisa ini di hutan jangan terkejut dan lari. Sebaliknya, tenangkan diri, undur secara perlahan-perlahan kerana ular tedung tidak akan mematuk ketika mengembang. Sambil undur, sambil acah ular tersebut dengan ranting kayu.

3. Harimau


Kalau ketika anda masuk hutan anda mendengar segala bunyi unggas dan serangga yang kemudiannya tiba-tiba senyap, kebiasaanya ada haiwan yang sedang mengendap. Kemudian kesunyian itu disusuli pula bau hamis…jaga-jaga mungkin ada harimau di sekeliling anda. Jadi cara terbaik ada buat bising atau membaling mercun untuk takutkan harimau berkenaan.

4. Beruang madu


Hutan paya di Malaysia banyak haiwan ini. Beruang madu mempunyai dada berwarna jingga. Jika terserempak haiwan ini, anda perlu menjerit dan acah-acah mahu kejar beruang berkenaan. Pasti haiwan itu lari terkejut.

5. Kepala air


Jika hujan pada bahagian hulu pada kebiasaannya akan ada kepala air. Alert dengan paras air yang secara tiba-tiba naik mendadak. Kemudian lihat kawasan sekitar sekiranya wujud kehadiran buih putih di tempat yang tidak berbuih. Selain itu terdapat juga daun basah hanyut dan perubahan warna air. Jika terdapat tanda-tanda ini segera keluar dari kawasan air kerana kepala air datang dalam tempoh antara lima hingga enam minit sahaja.

6. Petanda bunyi kera dan monyet


Kera atau monyet akan lari dan membuat bising sekiranya terdapat haiwan melalui sesebuah kawasan atau kawasan tersebut dalam bahaya. Kalau dari jauh sudah dengar bunyi berkenaan, berhati-hati

Sumber: Geng Keselamatan Negara