
Jom kita lihat 5 tempat yang wajib anda datang apabila anda menjejakkan kaki di Johor!
Johor Premium Outlets (JPO)

Yang kaki shopping tu mesti dah familiar dengan nama tempat ni kan. Di sini anda boleh dapatkan barang high end sehingga barang biasa. Di sini sahaja terdapat 130 stor kedai jualan pelbagai jenama. Mesti rambang mata apabila sampai di sini. Tambah pula apabila tiba waktu promosi, mesti susah nak buat keputusan nak beli yang mana satu kan.
Sealife Malaysia

Ada apa dekat Sealife Malaysia ini? Tempat ini merupakan aquarium yang bertaraf dunia. lagi menariknya, Aquarium yang ditadbir oleh Sealife ini cuma terdapat 50 sahaja cawangan di seluruh dunia. Hebat kan? Di sini juga anda dapat menyaksikan haiwan laut yang unik dan ada di antara mereka juga merupakan spesies yang hampir pupus. Jadi beruntunglah jika anda sempat melihat haiwan ‘limited’ itu.
Dataran Bandaraya Johor Bahru

Apabila dah penat berjalan, mesti lah kita nak berehat kejap kan. Jadi, anda boleh datang ke Dataran Bandaraya Johor Bahru ini. Anda boleh berehat dan bersantai di sini. Selain dari berehat, anda boleh juga bergambar di sini. Di sini juga sesuai datang bersama ahli keluarga di hujung minggu.
Skyscape Komtar JBCC

Ada sesetengah negeri mempunyai ‘glasswalk’ yang tersendiri, tetapi di Johor pula anda boleh datang ke Skyscape Komtar JBCC. Bagi sesiapa yang ‘acrophobia’ tu, anda dinasihatkan jangan naik lah, takut nanti tetiba pulak pengsan kat atas tu. Apabila anda berada di atas, anda bakal menyaksikan pemandangan yang sangat cantik di mana setiap sudut pandangan bandar Johor dapat dilihat dengan jelas. Jangan lupa untuk tangkap gambar dan kongsikan di laman sosial anda tau.
Bazar Karat

Apabila tiba waktu malam, anda boleh datang melawat pula di Bazar Karat. Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis barang jualan yang murah. Untuk penggemar barang ‘bundle’ anda boleh ‘menyelam’ di sini di mana banyak barang yang menarik yang boleh ditemui.
Kongsikan sedikit selain dari tempat di atas, anda rasa dimana lagi tempat menarik yang ada di Johor ini?