Home MALAYSIA 5 Tempat Menarik Apabila Anda Pergi ke Melaka

5 Tempat Menarik Apabila Anda Pergi ke Melaka

1375
0

Melaka merupakan tempat yang sering dikunjungi di Malaysia. Pelancong yang datang ke sini tertarik dengan keunikan dan kecantikan Melaka yang tersendiri. Tidak lupa juga, negeri ini penuh dengan pelbagai tempat bersejarah yang masih mengekalkan keasliannya daripada peninggalan dari zaman dahulu. Mari kita lihat 5 tempat menarik yang wajib kita kunjungi apabila kita menjejakkan kaki di bandar bersejarah ini.

Jonker Walk Night Market

sumber: wnfdiary.com

Tempat di mana ramai yang akan datang menikmati pelbagai sumber makanan serta membeli belah serba sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Antara makanan yang menjadi rebutan di sini anda kuih keria gula melaka, air coconut shake dan pelbagai lagi. Sambil anda menikmati makanan di sini, anda juga dapat melihat bangunan lama yang dijaga kemas oleh pihak bertugas untuk mengekalkan keasliannya.

Melaka River Cruise

sumber: shutterstock/NavinTar

Tidak asing lagi apabila anda datang ke Melaka, Melaka River Cruise menjadi tumpuan utama para pelancong. Anda dapat menikmati pemandangan sungai yang cantik sambil menaiki bot dengan belayar di keliling bandar Melaka. Cruise ini juga dibuka perkhidmatan sampai ke malam dan pada waktu itu anda dapat belayar di bawah sinaran bulan sambil diiringi lampu berwarna warni yang cantik.

Muzium Warisan Baba & Nyonya

sumber: crazytourist.com

Melaka tidak asing lagi dengan budaya peranakan dan di sini anda dapat pelajari serta memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana budaya ini bermula dan berkembang di bandar ini. Peranakan bermaksud gabungan dua etnik iaitu melayu serta cina pada suatu ketika dahulu dan ia menjadi unik serta menarik untuk pengetahuan umum pada masa kini. Dekorasi muzium ini juga dapat membawa anda kembali ke zaman di mana Baba & Nyonya ini bermula. Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang mencari keunikan dalam bergambar.

Zoo Melaka

sumber: Harian Metro

Zoo Melaka merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan menjadi bualan ramai penduduk di Malaysia serta pelancong dari luar negara. Zoo Melaka ini terletak di Ayer Keroh. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis-spesis haiwan tempatan mahupun antarabangsa. Anda juga boleh menikmati pemandangan tasik yang di tengah zoo ini seakan anda berjalan bersiar pada waktu petang. Maka jangan lupa datang ke sini kerana banyak haiwan yang anda dapat terokai.

Christ Church

Seperti semua sedia maklum bahawa Melaka merupakan negeri yang penuh dengan sejarah. Sejarah tentang bangunan Christ Church ini adalah peninggalan daripada penjajahan zaman jajahan Portugis dahulu. Sejak daripada itu, bangunan ini ditinggalkan dan diselia sebagai salah satu hasil peninggalan yang bermakna buat Melaka serta Malaysia. Anda juga dapat belajar serta mengambil gambar sebagai kenangan apabila anda datang ke sini.

Itulah serba sedikit tentang tempat yang wajib dikunjung apabila anda datang ke Melaka bandar bersejarah ini. Mungkin bagi anda, ada lagi tempat yang menarik yang patut di masukkan dalam list ini. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Melaka!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here