Nasi Lemak tidak asing dan sudah menjadi sinonim dengan selera semua rakyat Malaysia, tidak kiralah dari bangsa atau kaum mana anda sekalipun, nasi lemak tetap menjadi pilihan juadah anda. Dahulunya nasi lemak dijadikan santapan pada waktu sarapan sahaja. Tetapi pada masa kini ramai juga yang kalau boleh nak makan nasi lemak dari pagi sampai lah ke malam.
Oleh itu, untuk anda yang berada di sekitar KL & Selangor, untuk topik kali ini, saya nak kongsikan 5 port terbaik untuk ‘sapedek’ nasi lemak. Kebanyakan kedai di bawah ini beroperasi sehingga ke lewat pagi.
Nasi Lemak 223

Lokasi tempat merupakan kawasan ‘food court’ yang ramai dengan orang yang gilakan nasi lemak. Tetapi terdapat juga makanan lain di sini seperti satay, sup daging, masakan panas dan lain-lain. Apa yang pasti, ramai orang yang datang ke sini hanyalah untuk menikmati nasi lemak di sini. Sambalnya yang agak pedas manis dan lagi satu harganya juga sangat berpatutan. Kedai ini terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Nasi Lemak Village Park

Untuk tempat yang kedua ini, ramai yang gelarkan nasi lemak di sini sebagai nasi lemak T20 oleh kerana harganya agak mahal. Apa yang peliknya, walaupun juadah di sini agak mahal, kedai ini masih tidak lekang dengan pelanggan. Apa yang pasti, sudah tentu nasi lemaknya memberikan aroma sehingga membuatkan ramai orang yang sanggup beratur demi sepinggan nasi lemak. Kalau anda tak percaya, boleh datang dan cuba dahulu sepinggan. Ianya terletak di Damansara Utama, Selangor. Secara personal, walaupun agak mahal tapi ianya sangat berbaloi.
Nasi Lemak Beratur Maluri


Gerai nasi lemak ini yang diusahakan oleh puan Rahmah ini mula menjadi bualan ramai oleh kerana ramai pelanggan yang beratur dan tidak endah untuk menunggu. Sudah pasti rahsia yang membuatkan nasi lemak ini ‘padu’ adalah sambal dan pilihan lauk serta harga ‘ekonomi’ yang ditawarkan oleh pemilik kedai ini selain ramah bersama pelanggan. Satu lagi yang istimewa tentang gerai ini adalah mereka mula beroperasi bermula jam 4 pagi. Gerai puan Rahmah ini terletak di hadapan 7e Maluri, Kuala Lumpur.
Nasi Lemak ‘Anjing’

Kenapa nasi lemak anjing? Salah satu sebabnya adalah kerana kawasan di situ dahulunya terdapat banyak anjing oleh kerana lokasinya adalah di kawasan perumahan penduduk berbangsa cina. Lokasi kedai ini anda di Petaling Jaya Selangor atau anda boleh cari di google Restoran Al Ehsan. Apa yang membuatkan nasi lemak di sini digemari ramai adalah ayam gorengnya yang sedap serta sambalnya yang pedas dan manis. Harganya juga sangat berpatutan. Di sini juga tidak lekang dengan pelanggan jadi apabila anda datang ke sini jangan terkejut pelanggannya akan ramai sehingga ke kawasan parkir depan kedai.
Nasi Lemak Bumbung

Nasi lemak bumbung pula tertelak di sekitar Petaling Jaya sahaja malah anda boleh membuat pencarian di internet ‘Nasi lemak bumbung’ sahaja. Kedai ini membuat konsep buka di lorong belakang kedai. Jadi jangan pelik bila anda tengok kedai depannya tutup tapi belakangnya buka. Di sini istimewanya adalah ayam goreng berempahnya yang berjaya menambat hati ramai pelanggan. Orang kata kena dengan tekak kita.
Jadi itulah antara pilihan nasi lemak yang ‘tiptop’ di sekitar KL dan Selangor. Buat anda yang teringin atau teringat nasi lemak di kampung, anda boleh datang ke kedai di atas ini agar rindu anda terubat dan dapat isi perut dengan nasi lemak yang sedap.