
Ramai yang antara kita sukar untuk berpisah dengan burger. Kadang kalau burger dijual pada waktu siang, mesti mereka akan cari burger. Apabila anda menikmati sebiji burger, kadang nikmatnya lain dan ramai juga yang berpendapat apabila makan sebiji burger membuatkan anda lebih ‘layan’ daripada makan makanan yang lain.
Jadi di sini, buat mereka yang ingin mencari port burger yang terbaik di sekitar Selangor, saya akan senaraikan 4 port burger jalanan yang terbaik di sini.
Burger Baek


Dengar nama pon dah boleh dapat ‘feel’ burger tu bagaimana. Gerai ini terletak di Bandar Sunway. Apa yang special di sini adalah burger yang dibuat adalah seakan zinger burger dari KFC dan lebih menarik lagi harganya cuma bermula dari RM 4 sahaja! Waktu beroperasi kedai ini adalah pada pukul 4PM hingga 3AM.
Brader John Burger


Nama gerai burger ini dipetik dari nama pemilik kedai ini iaitu saudara John. Lokasi gerai ini terletak di Damansara Utama. Waktu beroperasinya pula bermula dari jam 10PM hingga 4AMKeunikan di gerai burger ini adalah ‘special sauce’-nya yang sehingga ke hari ini tidak pernah lekang dengan pelanggan. Di sini juga terdapat pilihan menu iaitu burger, sosej dan pelbagai lagi.
Om Burger


Om Burger merupakan kedai yang diwarisi secara turun temurun. Ianya terletak di Ampang. Apa yang unik dengan kedai ini adalah cara mereka menyediakan burger itu. Mereka menggunakan mentega untuk menambahkan lagi rasa lemak pada burger tersebut. Apabila dimakan dengan keadaan burger yang baru sahaja siap, sudah semestinya anda akan menjilat jari. Waktu operasinya adalah bermula pada jam 7PM hingga 4AM.
Burger-Mbira


Gerai ini terletak di SS12,Petaling Jaya. Burger di sini agak mahal sedikit berbanding gerai yang lain oleh kerana menu yang agak special. Burger di sini agak unik kerana ia disediakan seakan sama seperti konsep McDonald. Setiap burger diisi dengan potongan daging halus, ‘hashbrown’, keju, timun, bawang dan beberapa kombinasi sos yang menarik.
Sambil kita menikmati burger jalanan ini, dapat juga kita membantu sedikit sebanyak perkembangan perniagaan mereka. Tapi yang paling penting gerai burger yang tercatat di atas ini memang tidak akan menghampakan anda. Boleh siap-siap gerak keluar cari burger sekarang!