Home MALAYSIA HOTEL & RESORT 4 Cadangan Bagi Memperbaiki Industri Perhotelan Pada Tahun 2021

4 Cadangan Bagi Memperbaiki Industri Perhotelan Pada Tahun 2021

2842
0

Seperti yang kita ketahui, sejak wabak Covid-19 melanda ke seluruh dunia, semua orang amat terkesan dengan wabak ini.

Ditambah pula bukan sahaja personal, syarikat-syarikat juga turut dirundung malang apabila tidak dapat beroperasi seperti yang dirancang.

Seperti yang kita ketahui juga, industri perhotelan sangatlah terkesan oleh wabak ini. Kita tidak dapat untuk merentas negara mahupun negeri, malah apa yang membuatkan keadaan semakin membimbangkan, untuk menyentuh antara satu sama lain juga sudah menjadi perkara yang sangat ditakuti untuk dilakukan.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk menghidupkan kembali industri perhotelan supaya kekal ‘sustain‘ walaupun dalam keadaan sebegini.

  1. Mengekalkan keselamatan dan kebersihan.

Oleh kerana wabak ini sangatlah mudah dijangkiti, jadi setiap sudut bangunan perlu disanitasi dengan lebih kerap dan kebersihan harus dijaga untuk mengelakkan sebarang jangkitan berlaku. Tambahan pula, mengekalkan penjarakkan fizikal amatlah penting untuk menghindari dari satu sama lain berjangkit jika mempunyai virus tersebut.

2. Digitalkan hotel anda!

Betul, pada masa ini, aktiviti bersentuhan seakan seperti sukar untuk dilakukan dan boleh dikatakan sangat berbahaya. Jadi dengan digitalkan hotel anda boleh membuatkan pengguna menjadi lebih efisyen dan memudahkan pihak hotel juga untuk mendapatkan maklumat melalui pengguna.

3. Lebihkan peluang untuk penduduk tempatan.

Disebabkan banyak hotel pada masa lalu hanya menumpukan untung dari pelancong luar dan disebabkan Covid-19 ini mereka kehilangan pelanggan mereka. Jadi, membuka peluang kepada penduduk tempatan adalah salah satu cara untuk ‘sustain‘kan bisnes hotel anda daripada kerugian.

4. Memperbaharui konsep hotel.

Hotel perlu bertindak dengan lebih cepat dengan menukar konsep perniagaan mereka. Oleh kerana tiada yang melancong, pihak hotel boleh membuat promosi seperti ‘Bekerja di Hotel’ dengan menawarkan pakej pakej tertentu bagi memastikan kelansungan cashflow berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai lagi konsep yang boleh diperbaharui oleh pihak hotel dan itu merupakan salah satu cadangan yang boleh diguna pakai.

Jadi bagaimana pula dengan pendapat anda?

sumber gambar: Tourism Review

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here