Home OVERSEAS TRAVEL 2021 Trend Melancong Menggunakan Kereta Api Tidur Kembali Popular

2021 Trend Melancong Menggunakan Kereta Api Tidur Kembali Popular

1922
0

Industri pelancongan seluruh dunia terjejas dengan teruk akibat pandemik Covid19. Lebih merungsingkan selepas setahun, wabak ini masih gagal dibendung manusia sejagat.

Menjelang tahun 2021, nasib industri pelancongan masih samar. Namun, memetik laporan daripada lonelyplanet.com pandemik ini memberi kelebihan kepada industri pengangkutan kereta api.

Bagaimana ia berlaku? Menurut laporan lonelyplanet.com tahun 2021 menyaksikan perubahan trend para kaki travel memilih untuk menjelajah ke negara-negara yang memiliki rangkaian kereta api terbaik.

Firasat lonelyplanet.com perkhidmatan kereta api tidur atau sleeper train akan kembali memonopoli industri pelancongan dan pilihan dalam kalangan pengembara.

Mengapa ini terjadi? Faktor utama sudah tentu sektor kapal terbang mengalami kerugian yang amat teruk dan terdapat penerbangan memilih untuk menamatkan perjalanan ke sesebuah bandar atau negara.

Selain faktor pilihan penerbangan yang terhad, umum mengetahui rangkaian kereta api sudah tentunya lebih murah berbanding menggunakan kapal terbang biarpun memakan masa yang panjang.

Faktor selain dua perkara di atas sudah tentu route kereta api ini lazimnya menawarkan panorama yang sangat menarik untuk dinikmati sepanjang perjalanan.

Malah jika sesebuah kereta api itu menyediakan kemudahan cafe, makanan dan minuman dalam gerabak mereka, perkhidmatan itu boleh menjadi nilai tambah terbaik untuk para penumpang.

Sudah tentu gerabak dan koc yang menjadi pilihan penumpang ialah gerabak dengan kemudahan katil serta tandas.

Sungguhpun begitu, trend berkenaan dijangka berlaku sekitar benua Eropah.

Rasanya di Malaysia kita sudah tidak mempunyai kemudahan gerabak tidur seperti ini kecuali dari Gemas ke Kelantan.

Dulu Malaysia menyediakan kemudahan kereta api dengan tidur ini yang beroperasi pada malam hari.

Amat berharap Keretapi Tanah Melayu Berhad mengembalikan gerabak ini untuk merancakkan ekonomi tempatan.

Sumber lonelyplanet.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here