Home MALAYSIA 10 Tempat Menarik di Sepang Selangor Korang Boleh Pergi

10 Tempat Menarik di Sepang Selangor Korang Boleh Pergi

420
0

Jika sebelum ini Sepang lebih sinonim dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan pelbagai acara antarabangsa, namun hakikat sebenarnya di daerah ini terdapat pelbagai lokasi yang lebih menarik untuk dikunjungi.

Daerah Sepang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berkembang pesat di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kini ia menjadi laluan keluar dan masuk utama negara dengan adanya dua lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2.

Di sini juga menempatkan pusat membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah daerah yang wajib anda kunjungi di Selangor.

1) Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya

Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran anda dan singgahlah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda!

2) Singgah di Restoran Adik Abang untuk bersarapan

Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang lazat seperti lontong, nasi lemak dan roti canai di kedai ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk anda!

3) Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang

Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi pengetahuan anda mengenai industri sukan pemotoran dengan lebih dekat! Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite Perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa anda berada di sana.

4) Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli.

5) Ikuti Mangrove Tour

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!

6) Melangkah ke Ladang Buah Naga

Semasa berjalan-jalan di daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!

7) Berbelanja di Mitsui Outlet

Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding di tempat lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di pusat membeli-belah premium ini!

8) Waktu minum di Book Barter Café

Kredit Gambar

Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.

9) Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya

Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada Sabtu terakhir setiap bulan di sini.

10) Makan malam di HM Sri Bagan Sepang Satu

Kredit Gambar

Penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Disini, anda boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Stim dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!

Sumber : mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here