Home TRAVEL TIPS 5 Jenis Traveller Yang Kita Akan Jumpa Di Backpacker Hostel

5 Jenis Traveller Yang Kita Akan Jumpa Di Backpacker Hostel

153
0

Backpacker Hostel atau kebiasaannya disebut sebagai hostel ini merupakan salah satu jenis penginapan yang ditawarkan di seluruh dunia sebagai alternatif kepada hotel dan juga menjadi pilihan mereka yang travel secara ‘bajet’. Sering dijadikan pilihan backpackers, kebiasaannya hostel ini berkonsepkan perkongsian. Sama seperti asrama.

Bilangan penginap dalam satu bilik atau dikenali dengan dorm ini berlainan mengikut hostel. Ada yang tawarkan perkongsian 2 orang dalam satu dorm, 4 orang, 6 orang dan lain-lain. Kalau dorm besar, ada yang sampai 20 orang dalam satu dorm. Selain bilik, biasanya kawasan-kawasan lain seperti tandas, dapur dan ruang legar perlu dikongsi bersama penginap lain.

Menariknya hostel sekarang ini, kebanyakkan daripada pengusaha hostel adalah daripada golongan muda dan hostel mereka lebih trendy dan ada sesetengah yang bertema dan konsep yang berbeza dan menarik. Contoh mudah, Space Cap Hotel di Kota Kinabalu

Menurut Hostelworld, sekarang ini bukan setakat backpackers sahaja yang memilih hostel sebagai penginapan semasa travel tetapi ada juga keluarga dan macam-macam jenis pelancong lagi dan di setiap hostel, sekurang-kurangnya pasti ada seorang yang tergolong dalam 10 jenis traveller yang kita akan jumpa di backpacker hostel ni.

#1. Penduduk Tetap

Kebiasaan orang yang tinggal di hostel ni, dia akan sentiasa habiskan masa di luar dan boleh dikatakan ‘on-the-go’. Jarang waktu siang boleh jumpa penghuni lain. Tapi, dalam ramai-ramai, pasti korang akan terjumpa ‘penduduk tetap’ hostel berkenaan.

Ini tiada kaitan dengan unsur mistik mahupun hantu. Penduduk tetap yang dimaksudkan adalah sejenis manusia yang buat dorm hostel tu macam dia punya sendiri. Barang-barang peribadi dia sahaja penuh separuh bilik. Macam plan nak tinggal terus di situ agaknya.

#2. Kaki ‘Try’

Kebiasaannya ialah lelaki dan satu sebab utama dia travel dan tinggal di hostel adalah untuk ‘try’ atau bahasa mudahnya untuk cari pasangan. Jenis yang macam ni, dia tak kiralah local ke, traveller ke, dia akan cuba nak ‘ayat’.

Nak kesan atau cam diorang ni mudah je, diorang ada pelbagai cerita menarik pasal kisah cinta dia yang tak menjadi dan sebagainya. Mula-mula macam kesian, tapi lama-lama, jadi mengarut pun ada. Jenis yang macam ni, dia akan cuba orang yang baru masuk hostel dan selalu ‘lepak’ di kawasan umum hostel.

#3. Geng ‘Otai’

Hai, sayalah ‘orang lama’ dekat sini. Dalam erti kata lain, diorang ni agak berumur dan masih aktif ber-backpacking. Kadangkala, jarak umur antara kita dan mereka ni adalah dalam 10 hingga 20 tahun bezanya. Tapi, diorang ni sebenarnya yang best untuk dibawak berborak.

Mesti ada cerita kelakar atau menarik yang diorang akan kongsikan. Tak percaya, kalau lepas ni ada jumpa, cuba ajak berborak. Mesti tak bosan!

#4. Haji Bakhil

Dah la nak berjimat dekat tempat tingal (sah-sah dia pilih hostel sebab nak murah), jenis kedekut bak Haji Bakhil ni memang kalau akan selalu nampak. Konon nak berjimat, tapi sebenarnya kedekut. Ada beza tau jimat dan kedekut tu.

Jenis ni biasanya dia jarang keluar bilik, makan pun selalunya roti yang ada di dapur hostel sampai tak tinggal dekat orang lain dan macam-macam lagilah. Senang cerita, memang payah nak nampak dia belanjakan duit dia. Ada tu, sampai tanya orang yang nak ‘check-out’ ada makanan atau barang yang nak ditinggalkan atau tidak. Melampau betul!

#5. Geng Student

Disebabkan backpacker hostel ni murah, jadi kadangkala ia menjadi pilihan student masa travel. Sebenarnya tak salah diorang nak travel, tapi ada kalanya diorang ni sejenis yang akan main phone 24 jam, ipad dan lain-lain lah. Boleh dilabel anti-sosial jugak sebenarnya.

Gelaran ‘student’ ni jugak boleh digunapakai untuk traveller yang ‘nerd’. Maksudnya, sebelum kemana-mana diorang kena bukak phone, kaji dan baca dulu pasal sesuatu tempat sebelum pegi dan lain-lain. Tak salah nak buat research atau itineri, tapi tak perlu keterlaluan. Nanti jadi terbatas aktiviti.

Jangan jadi macam tu okay? Dan tolonglah jangan jadi salah seorang daripada contoh kat atas ni =D 


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here