Home AIRLINES Malaysia Airlines Batalkan Bagasi Percuma Untuk Tiket Penerbangan Termurah

Malaysia Airlines Batalkan Bagasi Percuma Untuk Tiket Penerbangan Termurah

6220
0

Tiada Lagi Bagasi Percuma Untuk Tiket Penerbangan Termurah Malaysia Airlines. Sebelum ini, AirAsia dan Malindo Air tidak lagi menyediakan daftar masuk bagasi percuma untuk tiket penerbangan termurah. Kini Malaysia Airlines pula melakukan perkara yang sama untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali penerbangan ke Madinah dan Jeddah.

Menurut jadual yang dipaparkan di bawah, penerbangan domestik kelas Economy Lite kini tidak lagi menerima bagasi daftar masuk percuma, manakala penerbangan antarabangsa untuk kelas Economy Promo hanya menawarkan bagasi daftar masuk 20kg sahaja. Maklumat tambahan, penerbangan kelas ekonomi masih lagi boleh membawa “hand carry” percuma 7kg.

Rombakan yang dilakukan ini akan berkuatkuasa untuk tempahan bermula dari 8 April dan yang seterusnya. Jadi, anda dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu maklumat bagasi daftar masuk anda sekiranya memilih kelas Ekonomi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Manakala untuk ahli Enrich pula, mereka tidak perlu risau akan rombakan yang dilakukan ini kerana masih lagi menerima bagasi daftar masuk tambahan secara percuma.

Penerbangan Domestik:

Penerbangan Antarabangsa:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here