Are you ready to visit Kota Kinabalu ?

Lets KK..

Kalau anda dah bersedia nak ke Kota Kinabalu untuk percutian yg pendek selama 3 hari 2 malam, maka plan lah betol2 ya. Sebab banyak perbelanjaan yg akan digunakan untuk perjalanan jauh ni. Maka isilah masa dengan melawat banyak tempat semaximum yg mungkin dan tenang.

Saya pernah menggunakan perkhidmatan
amazing borneo, yg boleh la sy beri markah 9/10 . Segala nya di susun dengan baik dan ground operator yg sangat mesra pelanggan. Jadual disusun dgn baik dan yg paling penting..penginapan selesa dan makan sedap.

Anyway.. ini lah sedikit sebanyak tips untuk awak awak dan awak di luar sana yg baru pertama kali nak ke KK dan Kundasang

1) pastikan tarih perjalanan anda adalah betul dengan cuaca tempatan. Terutama cuaca di Kundasang. Jangan la pilih musim hujan .

2) Pilih sykt penerbangan yg menawarkan makanan di dalam penerbangan. Sebab penerbangan akan mengambil masa 2 jam setengah. Huh.. sempat la lapar kalau sampai airport awal utk chk in.

3) pilih penerbangan awal pagi supaya anda ada bnyak masa di kota kinabalu dan ada cukup masa untuk singgah banyak tempat menarik sepanjang perjalanan ke kundasang dan sampai awal sikit di pekan nabalu dan kundasang. Pasar nabalu tutup jam 6 petang kalau di kundasang dah nak hampir malam ni.

4) Jangan lupa passport anda! Tapi boleh je gunakan MYcard. Cuma jika gunakan MYcard anda kena simpan resit yg dikeluarkan oleh imigresen di KKIA . Kalau hilang resit tu., kena buat police report tau.. nanti tertingal pulak penerbangan balik dan kena beli tiket lain.
Senang cerita, bawa lah passport. Ada kenangan cop imegresen kita dah melawat borneo.

5)bawa pakaian sesuai ikut cuaca tempatan. Sweater pun ok. Kasut yg selesa dan kalau bole bawa lah baju hujan plastik yg nipis tu.kat kedai 7e dan daiso pun ada jual. In case hujan renyai masih bole lagi jalan2 terutama nya di kawasan bukit yg mudah turun hujan.

6) bekal makanan ringan utk alas perut. At least tak la kelaparan jika makanan yg di sediakan oleh sykt penerbangan tidak menepati citarasa anda.

7) pastikan kumpulan anda menanti di suatu tempat menunggu yg mudah.terutama di klia2. Sy suka berkumpul di depan information board depan starbuck cafe. Pastikan group anda ingat tempat menunggu. Kerana ada beberapa starbuck cafe di klia2. Yg ni dekat dengan tandas, surau di tingkat atas berhamiran esculator dan dekat dengan kaunter bagasi.

8)Menunggu seawal 2 jam sebelum waktu pelepasan atau boarding.. bukan 2 jam sebelum waktu penerbangan. Ini sangat penting. Nanti kalut jika kaunter bagasi sesak. Terutama nya penumpang penerbangan air asia.

Its my friends and I

9)pastikan bagasi yg nak di bawa naik menepati sais yg dibenarkan dan semua bagasi ada tag. Jika anda dalam kumpulan yg besar dan menempah semua tiket menggunakan kod tempahan yg berlainan. Pastikan bagasi mengikut nama dan kod tempahan pada tiket ya. Jgn bertukar2 tag bagasi.

10)ikut syarat2 beg cabin dan there you go. Proceed la ke imigresen dan security
Way to fly guys..

Nanti kita share lagi itenarary dari KKIA ke kundasang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here