Passport Hilang Semasa Travel, Jangan Panik Sila Ikut Langkah Ini. passport antara benda penting semasa travel, sila jaga sebaik mungkin. Kalau nak buat aktiviti lasak ke apa ke simpan elok-elok passport. Kang hilang banyak kerja nak kena buat nanti. Mood travel pun boleh hilang macam tu jer kalau hilang passport.

Ini perkara yang perlu anda buat SEBELUM dan SELEPAS hilang passport. Persediaan SEBELUM hilang passport? Apa maksudnya?  Sebenarnya persediaan SEBELUM perjalanan tidak kurang pentingnya. Kerana jika anda telah membuat persediaan awal, kehilangan passport bukanlah masalah besar yang tidak boleh diselesaikan. Di sini penulis ingin berkongsi  5 perkara yang anda perlu buat  SEBELUM hilang Passport;

1. Pastikan anda ada kit salinan dokumen peribadi. Antaranya; gambar berukuran passport (1), salinan passport (1), salinan kad pengenalan (1), salinan surat beranak (1), salinan lesen memandu (1) dan salinan tiket penerbangan (1) serta sedikit wang kecemasan. Simpan dalam ruangan beg yang tidak mudah tercicir

2. Simpan satu salinan socopy untuk semua dokumen di atas dalam email. Pastikan folder ditandakan supaya senang anda mencarinya nanti. Mana tahu beg anda juga hilang jadi anda boleh login dan cetak salinan tambahan.

3. Pastikan anda tahu alamat Kedutaan terdekat. Print map kerana anda mungkin kehilangan telefon pintar juga, jadi mudah mencari tanpa GPS atau memberitahu arah kepada pemandu teksi.

4. Satu tabiat yang boleh diamalkan ialah mengambil foto stamp / cop imigresen ketika ketibaan dan simpan dalam email. Ini kerana apabila anda membuat passport baru di kedutaan, anda perlu menerangkan kepada pegawai imigresen kenapa passport anda kosong ketika anda berangkat pulang nanti.

5. Pastikan juga kad ATM/debit/kredit anda diaktifkan untuk pengeluaran / penggunaan duit ketika kecemasan. Proses membuat passport baru mungkin lebih daripada sehari sekiranya kedutaan bercuti hujung minggu, dan anda mungkin perlu membeli tiket baru atau mengeluarkan perbelanjaan tambahan. Jika kad anda aktif, mudah bagi ahli keluarga untuk mengirimkan duit kepada anda.

Sekarang, apa pula yang perlu anda buat SELEPAS hilang passport? Jangan panik, dan yang penting jangan bergaduh dengan backpacker lain yang hilangkan dokumen anda. Nanti tak pasal-pasal bertambah masalah kerana kes memukul orang.  Ini 4 perkara yang perlu anda buat;

1. Lapor kepada penginapan anda. Mungkin anda sekadar tercicir dan ada yang terjumpa (housekeeper) dan menyerahkanya ke kaunter pendaaran (lost and found)

2. Minta bantuan untuk ke balai polis terdekat bagi membuat laporan polis. Buat secepat mungkin untuk mengelakkan passport anda digunakan oleh orang lain. Untuk makluman, passport Malaysia laris di pasaran gelap memandangkan wajah warga Malaysia yang berbilang kaum boleh dipakai oleh penyeludup atau penjenayah negara lain untuk menyamar dengan mudah.

3. Bawa salinan laporan polis ke kedutaan Malaysia terdekat. Di sinilah pentingnya kit keselamatan yang anda sediakan SEBELUM berlepas. Dengan kit keselamatan, anda akan dapat membuktikan pertanyaan Kedutaan mengenai: status kewarganegaraan anda, tujuan, tarikh dijangka pulang dan sebagainya.

4. Isikan borang permohonan yang terdapat di kaunter Kedutaan untuk memohon Sijil Passport Sementara. Ada bayaran minimum. Passport akan siap dalam masa kurang sehari. Sijil Passport Sementara (perakuan cemas) hanya layak digunakan sekali perjalanan untuk kembali ke Malaysia (sehala).

*******

Bukan nak mintak jadi kat diri sendiri ke apa, tapi beringat lah tiap kali travel, cuaca tak selalu indah. Beringat sebelum kena.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here