Assalamualaikum semua…Disini saya nak kongsikan beberapa keadaan/situasi teknik yang digunakan oleh individu/kumpulan yang tidak bertanggungjawab Untuk MEROMPAK wang dan Harta benda anda ketika anda sedang melancong sama ada di dalam atau luar negara.Perkongsian berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika saya melancong dan mungkin tidak sama dengan anda yang pernah saya alami. Silalah baca sampai abis yer yang ada di bawah nie…

1) Berlagak mewakili daripada jabatan YANG DITUGASKAN UNTUK MEMUNGUT DERMA. Modal operandes untuk mengambil duit dari pelancong dengan meminta pelancong untuk menurun tandatangan menunjukkan sokongan yang telah dibuat . Selepas mangsa selesai menandatangi ,pemangsa akan terus akan membuatkan mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang kerana tanda telah setuju untuk menderma sejumlah wang.

2) Berlagak sebagai seorang pegawai keselamatan & polis . Cara untuk pemangsa (2-3 orang) menjerat mangsa dengan mereka akan menegurkan mangsa dan beramah mesra sambil bercakap beberapa dialek mangsa menyebabkan mangsa teruja. Dalam sepanjang perbualan, mangsa akan diperlawa untuk ditunjuk dengan sesuatu yang sangat menarik sebagai contoh restauran halal murah dan sedap. Jika anda ikot atau tidak, akan didatangi seseorang (menyamar polis) mendekati mangsa& pemangsa dan menegur mereka sama ada mereka mengenali satu sama lain atau tidak. Orang yang menyamar polis akan meminta mereka mengeluarkan passport .

Dipendekkan cerita pemangsa akan dituduh orang yang dikehendaki dan mangsa terlibat dikatakan telah bersubahat dan meminta Untuk mengikuti (penyamar polis ) untuk ke balai polis . Jangan sekali ikot kecuali suruh die call kereta polis peronda datang. Jika polis penyamar enggan berbuat demikian sila beredar serta-merta.

3) Telefon bimbit/barangan anda akan dirampas ketika pintu Metro/Train/Tram /Teksi hampir tertutup menyebabkan mangsa tanpa gagal membuat apa-apa dan terkedu. Tindak balas cepat sila menjerit sebelom train bergerak. Train akan berhenti dah pintu train akan dibuka. Jika anda ingin mengejar orang yang telah meragut telefon /barangan anda , pastikan kesemua barang di bawak bersama atau tinggalkan kepada kawan jika berjalan berkumpulan. Jika anda tinggalkan barang, Ada lagi seorang lagi perlaku yang akan mencuri barangan anda ketika anda mengejar peragut.

4) Kebanyakkan pelancong kehilangan barangan berharga ketika menaik public transport . Sila berhati-hati dan pastikan barang berharga sentiasa di sisi anda. Dan Jangan terlalu alpha dengan orang-orang di sekeliling anda .

5) Orang berpakaian kemas yang menyamar sebagai pegawai infomation yang menipu tiket masuk ke tempat pelancongan. Biasanya mereka akan memperkenalkan diri sebagai orang yang akan membantu anda untuk mengetahui selok-belok tempat-tempat yang menarik di sekeliling tempat yang anda akan lewati. Dia akan menawarkan beberapa tiket masuk ke tempat lawatan jauh lebih murah jika anda membeli online atau di kounter. Untuk di elak dari ter tipu , sila cari pegawai informasi yang betul-betol berada di dalam kawasan tumpuan pelancongan sebab mereka memang dilantik .


6) Berlakon dalam keadaan susah meminta wang ehsan dan bantuan. Perlaku akan memberi tahu Masalah yang dihadapi akan diberitahu seperti tertinggal bus, tak cukup wang untuk beli ticket bus baru . Jangan sesekali bersimpati kepada mereka. Mereka akan mencari mangsa yang muka-muka baru terutamanya pelancong yang melalui kawasan tersebut

7) Memaksa membeli barangan yang telah dijual. Pelancong dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melancong kenegara seperti China. Kebanyakkan penjual disini akan lebih memaksa dan menipu dengan Harga yang telah ditawarkan. Untuk anda ingin berbelanja di sini, sila potong terus ke tahap Harga 80% off dari Harga yang telah ditawarkan.harga sebenar jauh lebih murah.

8) Sila berhati-hati jika anda ingin membuat pertukaran duit di ‘Money Changer’ . Sila pastikan wang anda terima cukup dengan nilai harga ditawarkan. Biasanya staff di money changer akan membuat perkiraan duit tersebut berulang kali sampai kita berpuas hati dan menyerahkan duit. Dan ketika itu ada duit kita telah dikebas sekeping atau lebih. Sila Buat perkiraan di depan staff money changer Untuk mengelak sebarang kekeliruan yang berlaku dan bukti yang kukuh anda menerima cukup atau kurang wang telah diterima. Di nasihatkan juga pergi mencari ‘Money changer’ yang betol-betol berdaftar seperti bank.

P/s : Mungkin pengalaman saya tidak sama dengan anda semua . Tapi saya berharap perkongsian saya Insyallah akan membantu anda ketika anda semua melancong ke luar negara. Bagi Rakan-rakan muslim, sila amalkan surah-surah & doa-doa Untuk dijadikan pendinding supaya anda selamat dari segala ancaman seperti di PUKAU.

-Sham Simon-
Mr Tour Guide
#shamtourguide #mrtourguide

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here