Tahukan anda apa itu travel bug? Pernah dengar tak sebelum ni perkataan travel bug? Atau ini pertama kali anda mendengar perkataan ini?

“Travel bug” bukan kutu yang hinggap pada anda semasa anda travel. Untuk penerangan lebih lanjut, mudah dan simple kami bagi contoh situasi “travel bug”

Situasi di bawah ini boleh menerangkan maksud Travel Bug tersebut:

Anda baru balik dari 5 hari travel trip ke Surabaya, Indonesia.

Belum seminggu anda balik ke Malaysia, anda sudah mula merancang trip yang lain.

Tiket dua hala murah?

Promosi hotel dan check-in?

Masa terbaik untuk travel?

By train or by hitchhiking?

‘The Best Backpack For Travellers.’

‘Tips and tricks to get free airway ticket.’

Pendek kata, semua anda kaji dengan mendalam dan bersungguh-sungguh. Tak siap malam ni, esok sambung lagi. Dulu setakat tengok-tengok negara South East Asia je, sekarang sudah mula merancang ke Goa ataupun Costa Rica.

Kawan serumah naik pelik bila anda beli buku “The Amazing Asia” setebal 200 muka surat yang penuh dengan gambar tempat-tempat menarik.

“Tak pernah-pernah minah ni pergi kedai buku, buang tebiat ke..??” Bisik kawan serumah anda itu.

Siap tercengang dan bingung bila anda sebut nama-nama tempat seperti Seychelles, Isla de Las Munecas, Aruba dan sebagainya. Apa minah ni merapu nii???

Anda pernah buat begini? Jika ya, maka anda telah terkena travel bug. Ini istilah yang digunakan untuk mereka yang sudah jatuh cinta dengan aktiviti travel, dan mahu lebih advance lagi.

Keinginan yang membuak-buak untuk melihat tempat orang, merasai aktiviti di tempat yang asing, melihat gelagat manusia yang pelbagai, ini semua adalah tanda-tanda travel bug yang telah diaktifkan.

Ada sebab kenapa perkataan ‘bugs’ digunakan. Kerana sindrom ini sifatnya boleh berjangkit melalui aktiviti travel itu sendiri. Namun sindrom ini bukanlah sesuatu yang tak elok. Ianya sesuatu yang positif. Siapa yang tak suka travel kan?

-Travelkliq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here