Home OVERSEAS TRAVEL ASIA 15 Minit Adrenalin Nikmati Kereta Kabel Terpanjang di Dunia..

15 Minit Adrenalin Nikmati Kereta Kabel Terpanjang di Dunia..

2111
0

Berkisar mengenai kereta kabel pasti ramai pernah merasai sendiri kegerunan dan kecut perut menaiki kereta kabel sama ada di Genting Highland atau Langkawi.

Namuh tahukah Phu Quoc di Vietnam merupakan lokasi kereta kabel dengan gelaran terpanjang di dunia turut menerima pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records pada tahun 2018.

Kereta kabel berkenaan menghubungkan antara pulau Phu Quoc dan Hon Thom yang juga dikenali sebagai pulau Pineapple.

Phu Quoc cable car in Vietnam, longest cable car ride in the world

Apa yang menyebabkan kereta kabel ini menerima gelaran kereta kabel terpanjang di dunia?

Kereta kabel ini dihubungkan dengan tiga pencawang utama dan stesen. Malah, kereta kabel ini juga merentas sejauh 8 kilometer.

Paling menggerunkan kereta kabel ini memakan masa sehingga 15 minit untuk tiba dari terminal Phu Quoc ke Hon Thom begitu juga sebaliknya.

Oleh kerana kereta kabel berkenaan perlu melalui tiga terminal, anda mungkin merasa kurang selesa tatkala proses memanjat ke setiap tiang terminal.

Malah sepanjang melepasi setiap terminal, kereta kabel akan berhenti seketika antara seminit hingga dua minit.

Jangan khuatir sekiranya kereta kabel tersebut berhenti seketika kerana ia merupakan proses normal.

The view from the Phu Quoc cable car, Vietnam

Sungguhpun begitu, mereka yang mempunyai fobia terhadap ketinggian tidak dinasihatkan untuk melakukan aktiviti ini.

Sebaliknya, sekiranya anda tidak mempunyai masalah untuk berada pada tempat yang tinggi dalam tempoh sila lalui sendiri pengalaman ini.

Sepanjang perjalanan panorama anda dihidangkan dengan kebiruan lautan dan pulau-pulau kecil di kawasan sekitar.

Kereta kabel ini beroperasi setiap hari antara pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Harga yang ditawarkan pula 300,000 VND (RM53) untuk pergi dan balik.

The view from the Phu Quoc cable car

Sumber Temple+Treehouse

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here