Home ASIA CIHINA Wuhan Sudah Sembuh..Satu Dunia Masih Bergelut..

Wuhan Sudah Sembuh..Satu Dunia Masih Bergelut..

1483
0

Saat Malaysia dan seluruh dunia masih bergelut menghapuskan jangkitan Covid19, lain pula kisahnya di Wuhan, China.

Wuhan lokasi asal penyebaran Covid19 yang telah menyusahkan satu dunia nampaknya sudah kembali normal hinggakan kelab malam juga sudah mula beroperasi.

Jika diimbas setahun lalu tatkala kita juga melalui fasa PKP pertama sekitar Mac 2020, keadaan di Wuhan tidak ubah seperti bandar hantu.

Terdapat imej-imej tular ada pesakit yang pengsan secara tiba-tiba kerana serangan Covid19 dan peningkatan jumlah kematian saban hari direkodkan di daerah berkenaan.

Kini, Wuhan dikhabarkan telah sembuh daripada wabak tersebut dan kehidupan rakyat sudah kembali normal dengan cara hidup norma baharu.

Sambutan malam tahun baharu yang lalu menyaksikan Wuhan menyambut malam berkenaan dengan meriah berserta bunga api.

Malah ketika cuti musim panas tular rakyat Wuhan bergembira dalam pool party.

Kini, kehidupan malam mereka juga rancak dengan anak-anak muda berparti berkunjung ke kelab malam tanpa sebarang penjarakan tetapi dengan prosedur yang ketat.

Difahamkan pemakaian pelitup muka telah menjadi rutin wajib di setiap premis kelab malam dan suhu juga diperiksa dengan sangat teliti.

Walaupun begitu, ramai yang membuka pelitup muka ketika bersosial, merokok dan bersembang. Terdapat juga adegan bercumbu dan berpelukan tanpa pelitup muka.

Namun, biarpun kelab malam telah beroperasi dikhabarkan hanya 60 hingga 70 peratus premis sahaja berani untuk meneruskan perniagaan.

Ini berikutan masih ada yang takut untuk keluar dari rumah dan berada secara berkelompok tanpa penjarakkan dalam sesebuah premis atau kawasan.

Walaupun tiada rekod menyatakan kes Covid19 di Wuhan sifar, ramai dalam kalangan rakyat mereka menganggap Wuhan sudah sembuh.

Berikutan khuatir wabak itu kembali, pintu sempadan mereka diperketatkan untuk mengelak jangkitan pandemik Covid19.

Wuhan dah happy…Malaysia masih murung kerana PKP…jom kita boleh lakukannya!!!

Sumber The Straits Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here